Untuk menang PR mesti mendapat sekurang-kurangnya 45 % pengundi Melayu, 65 % pengundi Tionghua dan 45 % pengundi India. Angka di atas bukan satu angka yang mustahil dan tidak masuk akal.
Melihat kepada senario dan situasi terkini dewasa ini, saya yakin pemimpinan PR sudah mencongak strategi dan taktik untuk mendapat peratusan pengundi minima sebagaimana formula 65 : 45 : 45.
Andaikata semuanya berjalan lancar saya yakin BN akan berputih mata selagi lagi. Lebih memeritkan BN ialah petunjuk awal yang memberikan isyarat bahawa ramai pengundi Melayu dan Cina sudah jemu dengan taktik pecah dan perintah BN. Mereka juga bosan dengan isu perkauman sempit yang dimainkan oleh Umno melalui Perkasa sehingga ramai yang semakin meluat dengan Umno dan BN.
Pengundi Cina juga sudah hilang keyakinan dengan MCA. Pemilihan Chua Soi Lek sebagai Presiden MCA menimbulkan rasa ragu dan marah di kalangan rakyat keturunan Cina. Bagi mereka pemilihan Soi Lek seolah-olah satu penghinaan kepada rakyat Malaysia kerana di sana ada pilihan lain yang lebih baik dari Soi Lek, mengapa MCA masih mahu memilih pemimpin seperti Soi Lek.
Comments