ANWAR 'BELI' RUMAH BARU DI SUNGAI BULOH? ~ Ref Malaysiakini

Benarkah dengar khabar Anwar 'beli' rumah baru di Sungai Buloh.?
Rumah tersebut akan 'dijual' oleh seorang saudagar namanya Pak Med Albaroq. Khabarnya keluasannya tidaklah besar hanya kurang dari 10 x 15 kaki sahaja. Dindingnya simen dan besi-besi jarang.
Mengapa Anwar nak beli rumah tu?
Khabarnya bukan Anwar yang hendak 'beli' tetapi Tuannya hendak sangat 'jual' rumah tu bagi memberikan keselesaan kepada Anwar.
Khabarnya Anwar 'rindu' untuk kembali ke Sungai Buloh, tempat bermastatutinnya selama 6 tahun sebelum ini.

Sedap sangat ke tinggal kat Sungai Buloh tu?
Itu kena tanya Anwar, tetapi khabarnya Anwar 'suka' sebab itu Anwar terus berjuang untuk menegakkan kebenaran di Malaysia, walaupun beliau dipaksa rela berpindah semula ke Sungai Buloh nanti.
Khabarnya di rumah itu ada muzik free terutama di tengah malam ketika kita tidur, muzik itu datang diiringi pasukan 'penyedut darah' untuk mengurangkan kegemukan akibat darah diambil setiap malam. Bila tak gemuk tak ada penyakit.
Khabarnya juga banyak tetamu-tetamu tidak diundang yang merayap-rayap dan tolong menggaru di badan penghuninya. Lepas itu orang yang kena garu tu badan-badannya bertambah cantik kerana ada tanda-tanda macam 'love bite'.
Selain itu khabarnya bilik tetamu, bilik tidur dan bilik melepas pun ditempat yang sama.
Berapa harganya rumah itu?
Harganya tidak ternilai dengan wang ringgit dan air mata. Bukan calang-calang orang boleh mem'beli' rumah itu. Nilainya lebih kurang sama dengan rumah yang didiami oleh penghuni-penghuni di Kamunting. Cuma penghuni di Kamunting tidak diketahui berapa lama mereka dibenarkan tinggal di desa yang 'indah' itu.
Mengapa Pak Med Albaroq nak jual kepada Anwar sahaja orang lain tak boleh ke?
Khabarnya rumah itu hanya layak untuk Anwar kerana bagi Pak Med cuma orang 'degil' dan 'keras kepala' macam Anwar sahaja yang boleh 'beli' rumah itu.
Bolehkah kita melawat Anwar di rumah barunya nanti, kalau jadi Anwar 'beli'?
Boleh tetapi pada masa tertentu sahaja. Sebab rumah tu di kawal ketat untuk keselamatan Anwar. Khabarnya Anwar tak boleh bayar gaji pengawal sebab semuanya kerajaan bayar dengan duit rakyat. Memang baiklah kerajaan ini.

Comments