TSU KON MENGAKU KALAH AWAL-AWAL LAGI, BAGI KEMENANGAN PERCUMA JALAN TERBAIK ~ Ref Malaysiakini

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang dipencenkan oleh rakyat, Koh Tsu Kon awal-awal lagi mengaku BN akan kalah di Pulau Pinang.

Beliau yang juga Pengerusi BN Pulau Pinang, mengakui Permatang Pauh kubu kuat PKR dan "pilihanraya kecil ini agak sukar bagi BN.
"Koh, yang juga pemangku presiden Gerakan, berkata analisis BN telah meramalkan kira-kira sebulan yang lalu bahawa perkara ini akan berlaku.
Dalam kenyataannya kepada Bernama, bekas ketua menteri itu, menambah kerusi parlimen tersebut "memang merupakan kubu kuat Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memenangi kerusi itu pada 2004 walaupun ketika itu populariti BN berada di kemuncaknya."
"Memang telah djangka beliau akan memilih Permatang Pauh."Kerusi-kerusi lain yang disebut hanya satu taktik untuk mengelirukan. Pilihan raya kecil ini agak sukar bagi BN."Kami perlu berjuang dalam pilihan raya kecil ini dengan jujur, secara terhormat dan dengan penuh rendah hati. BN Pulau Pinang perlu melakukan yang terbaik.
Jadi saya mencadangkan kepada BN dan Umno khasnya tidak perlulah masuk dan lawan Anwar pada pilihanraya kecil ini nanti (itupun kalau Anwar tidak ditangkap). Malah jika Anwar ditangkap dan digantikan dengan calon lain sekalipun BN dan Umno sudah pasti kecundang jika pilihanraya benar-benar adil, bebas dan telus.
Macamana mereka hendak berlawan dengan Pakatan Rakyat, BN dan Umno Pulau Pinang sudah tidak ada apa-apa lagi. Pejabat Cawangan pun tak ada sebab sebelum ini mereka merompak dan menyamun balai raya untuk dijadikan pejabat mereka. Sekarang mereka kalah maka mereka sudah tidak ada pejabat. Yang ada hanya 'container' macam rumah kongsi pekerja Indonesia. Kasihan Umno.
Jadi untuk mengelakkan BN dan Umno dimalukan lebih baik bagi kemenangan percuma sahaja kepada PKR. Duit tak habis, badan tak penat, imej buruk pun dapat dijaga supaya tidak bertambah parah.

Jangan malukan Pak Lah sekali lagi. Dahlah negeri sendiri terlepas, pilihanraya kecil pun tersungkur nanti. Kasihan Pak Lah........lebih baik Pak Lah duduk rumah dengan Jeanne rehat banyak-banyak main dengan cucu-cucunya.

Comments