Hutang negara dijangka meningkat sehingga RM1 triliion menjelang 2020 jika inilah trend pemerintah hari ini yang gagal menguruskan ekonomi dan kewangan negara dengan baik. Kerajaan hari ini begitu boros, berbelanja tanpa berhemah dan suka melaksanakan projek mega tanpa membuat analisis yang jitu. Selain itu perangai pemimpin yang suka bermegah, syok sendiri, rasuah dan menyalahgunakan kuasa menyebabkan wang negara hilang dan tiris puluhan bilion setahun.
Akibatnya rakyat Malaysia terpaksa menanggung hutang dan jika di zaman dahulu sudah tentu kita semua akan dilelong seperti cerita P Ramlee.
Media hari ini melaporkan bahawa sekiranya hutang kerajaan persekutuan berkembang pada kadar RM50 bilion setahun, ia boleh mencecah RM1 trilion menjelang tahun 2020, kata badan pemikir bebas Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (REFSA).
Senario yang menggerunkan itu dikemukakan semasa kajian REFSA mengenai Bajet 2012, yang memberi amaran bahawa impian menuju Wawasan 2020 boleh "berkecai" melainkan jika kerajaan berhemah dalam perbelanjaan kewangannya.
Defisit semasa negara berada pada RM437 bilion, yang menurut REFSA adalahlebih dua kali ganda bajet defisit RM217 bilion yang dilaporkan pada tahun 2004.

Comments