Presiden Umno, Najib Razak sering melaung-laungkan bahawa calon Umno yang akan diturunkan pada PRU 13 nanti adalah calon boleh menang (winnable). Pelbagai kriteria dan sifat calon digariskan oleh Presiden Umno. Namun kita tidak nampak ciri-ciri yang digariskan Islam dititik beratkan.
Sepatutnya Presiden Umno meletakkan pegangan agama, integriti, ahklaq, peribadi baik dan berilmu sebagai ciri-ciri utama bakal calon Umno. Tidak ada gunanya meletakkan calon boleh menang jika dia seorang kaki rasuah, kaki betina dan kaki segala kaki. Mungkin seseorang itu boleh dikatakan calon boleh menang oleh Presiden Umno hanya kerana duit banyak, hubungan dengan orang kampung baik sedangkan beliau seorang perasuah dan sebagainya.
Sebagai contoh Isa Samad dan Ali Rustam adalah calon boleh menang tetapi semua orang tahu mereka kaki rasuah, semua orang tahu kedua-duanya disabitkan kesalahan rasuah ketika pemilihan Umno. Apa gunanya meletakkan calon seperti ini kerana ianya sudah tentu membuktikan bahawa Umno sebenarnya MESRA RASUAH dan tidak bermaruah meletakkan kaki rasuah sebagai calon mereka.
Rakyat sepatutnya berfikir dalam hal ini. Jangan kita melihat seseorang calon itu selalu balik kampung, mesra dan sebagainya tetapi yang penting kita mesti menyelidiki seseorang calon itu dari segi agama, integriti, akhlaq dan rekod peribadinya. Takut nanti 'body' tergadai kerana budi.
Comments
kelakaunya...
calon pas pulak macam mana???
dah ada ke calon pas yang macam kau cakap???
anyway...berapa ramai calon pas yang dah menang bertanding kat Melaka???
hahahahahaah