Pensyarah di Malaysia hanya dibenar membodek


Pensyarah di Malaysia tidak boleh mengeluarkan apa juga kenyataan terbuka walaupun bersifat akademik. Mereka hanya dibenarkan membodek dan mengipas kerajaan yang ada. Jika kenyataan mereka dihidu berunsur negatif kepada kerajaan maka alamatlah Pensyarah itu disejukbeku atau terus diambil tindakan.


Inilah yang berlaku kepada pakar undang-undang yang juga Pensyarah UIAM, Professor Abdul Aziz Bari (gambar) yang dilaporkan digantung tugas serta dihalang dari memasuki UIAM.

Tidak hairan mengapa Universiti negara kita semakin merudum pencapaiannya di mata dunia kerana sibuk berpolitik dan mengipas pemerintah. Akhirnya dari sehari ke sehari ranking universiti-universiti kita jatuh merudum sehingga ranking ke 400 pun gagal diperolehi.


Media hari ini melaporkan bahawa Aziz bukan sahaja diberi surat tunjuk sebab malah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga menggantung tugas beliau sebagai pensyarah undang-undang universiti itu.

Portal berita internet Malaysiakini difahamkan, perkara itu turut terkandung dalam notis yang dikeluarkan padanya daripada unit undang-undang UIA.Pensyarah paling kanan di fakulti undang-undang itu digantung bergaji sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.Selain itu, difahamkan Aziz juga tidak dibenarkan memasuki pejabatnya di kampus Gombak ekoran kad aksesnya harus dipulangkan kepada pentadbiran universiti.Difahamkan penggantungannya itu akan menjejaskan lebih 100 pelajarnya daripada daripada peringkat sarjana muda hingga ke doktor falsafah (PhD).Aziz berkhidmat dengan UIA sejak 22 tahun lalu.

Comments