PRK KUALA BESUT : PAS BERADA DI DEPAN SEKARANG?

Pada peringkat ada pengkaji politik meletakkan PAS berada di depan kerana populariti calon dan sentimen penolakan terhadap BN di Terengganu.

Calon PAS, Che Long diakui oleh kawan dan lawan bahawa beliau calon terbaik dan tepat. PAS kata mereka telah membaca kecenderungan dan kemahuan pengundi di Kuala Besut sebab itu mereka memilih Che Long sedangkan ramai lagi calon lain yang berkelulusan tinggi. Tetapi PAS sedar pengundi Kuala Besut mahukan susuk tubuh yang sentiasa bergeluman dengan rakyat, sene kkkiro dan mudoh bbbbaso.

Namun masa masih panjang. BN sudah tentu menggunakan apa sahaja tanpa mengira halal dan haram bagi memastikan kemenangan calon mereka.

Kekuatan BN ada dua iaitu tidak menghiraukan halal dan haram dari segi agama maupun undang-undang serta yang keduanya mereka mempunyai undi deposit dari kem tentera berjumlah lebih dari 1000 orang.

Duit, rasuah, ugut dan janji sudah tentu menjadi senjata ampuh mereka disamping 'pengadil' yang sentiasa menyebelahi mereka. Namun peluang undi PAS menang tetap ada kerana rekod telah menunjukkan PAS pernah menang di kubu kuat pada PRK seperti di Parlimen Arau, Dun Lunas dan lain-lain.

Comments

Anonymous said…
Biasanya kemenangan boleh gak dicapai apabila jumlah pengundi pakatan berjaya mengatasi segala bentuk penipuan.