HARTA RAKYAT, HARTA AWAM MACAM HARTA UMNO

Konvensyen UMNO Pahang dilangsungkan Universiti Teknologi Mara Kampus Khazanah Alam, Bandar Jengka minggu lalu.

Konvensyen selama tiga hari yang berakhir semalam dihadiri 1,400 peserta yang terdiri daripada ahli UMNO dari 14 bahagian di negeri itu.

Dengan muka selamba, tidak malu dan merasa salah Umno menjalankan aktiviti partinya di dalam sebuah IPT yang dibiayai oleh rakyat. Inilah Umno, sebuah parti yang tidak bertamadun dan tidak dapat membezakan yang mana harta parti dan yang mana harta rakyat.

Dari dulu, kini dan mungkin selamanya pemimpin Umno merasakan harta rakyat dan awam adalah Umno punya. Sebab itulah dikampung-kampung balai raya, pejabat kemas dan sebagainya dijadikan pejabat Umno cawangan tanpa segan silu.

Bayangkan jika Umno/BN kalah sudah tentu Umno cawangan tiada pejabat kerana pejabat mereka adalah harta rakyat dan awam. Pada masa itu baru Umno tahu langit tinggi atau rendah!.

Comments