ALI RUSTAM SETARAF TOK SIDANG (KETUA KAMPUNG) : TAK HADIR MAHKAMAH SEBAB TAK TAHU


Ketua Menteri Melaka yang disaman oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Putra, Abdul Hamid Mustapah tidak hadir pada perbicaraan kes tersebut Selasa lalu. Alasannya beliau tidak tahu.....satu jawapan yang setaraf dengan jawapan Tok Sidang atau Ketua kampung.

Ramai pemerhati mendakwa Ali Rustam bukannya tidak tahu tetapi sebenarnya malu dan takut untuk hadir ke mahkamah.


Alasan yang diberikan bahawa beliau tidak tahu menahu dengan tarikh perbicaraan itu adalah tidak masuk akal dan membuktikan beliau seorang yang tidak berintegriti dan tidak layak untuk menjadi Ketua Menteri.

Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan PAS Negeri Melaka, Ramli Dalip dalam kenyataannya kepada Siasah menyifatkan jawapan Ali Rustam tersebut jelas menghina Mahkamah.

"Sebagai seorang Ketua Menteri mustahil beliau tidak tahu sedangkan beliau mempunyai pegawai-pegawai pengampu yang begitu ramai" ujar Ramli.

"Memang eloklah kalau beliau berundur segera dari jawatan Ketua Menteri dan ADUN Bukit Baru kerana perkara penting tentang perbicaraan di mahkamah pun beliau tidak tahu" tambah Ramli lagi.


Comments