TUBUH SURUHANJAYA DIRAJA DAN SAMAN AKHBAR UNTUK BERSIHKAN NAMA PM

Naib Presiden PAS, Haji Mohammad Sabu menggesa Perdana Menteri, Najib Tun Razak menyaman 7 akhbar luar negeri yang mendakwa Najib terlibat dengan pembunuhan Altantuya. Antara akhbar yang menurutnya membuat tuduhan iaitu ialah Herald Tribune, Liberation, New York Times dan lain-lain.
"Saya malu apabila ke luar negeri ada yang bertanya tentang Perdana Menteri yang mereka tanya benarkan terlibat dengan kes Altantuya".
"Perdana Menteri mesti membersihkan namanya dari tuduhan ini dan kami rakyat Malaysia amat berharap Najib menyaman akhbar yang menuduh beliau" katanya.
Mohamad juga berkata rakyat Malaysia sanggup mengutip derma untuk membiayai segala perbelanjaan menyaman akhbar-akhbar luar negeri tersebut.
"Apakah tuan-tuan sanggup derma untuk bantu Najib saman akhbar luar negeri" tanya Mohamad Sabu.
"Sanggup" jawap semua hadirin pada ceramah Mohamad Sabu di Kampung Gua, Kuala Lipis malam tadi.
Menurutnya, beliau sebagai rakyat Malaysia berasa malu dengan tuduhan itu dan berharap Najib membersih namanya secepat mungkin.
"Jika Najib tidak menyaman akhbar tersebut, maka Najib akan terus dianggap terlibat dengan kes Altantuya oleh seluruh dunia dan rakyat Malaysia sendiri".
"Najib jangan marah jika rakyat menyebut 'Najib Altantuya, Najib Altantuya' " sindir beliau dengan nada seperti Guru Yahya, Guru Yahya.
Selain itu Mohamad juga menggesa satu Suruhanjaya Diraja dibentuk untuk menyiasat isu ini secara telus bagi membersihkan nama beliau.
Turut sama berceramah malam tadi ialah Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang, Roslan Ahmad dan Yang Dipertua PAS Kawasan Lipis, Ustaz Mohd Ramli Abdullah.

Comments

Anonymous said…
Salam,

TAK PAYAH KUTIP DERMA BUAT BAZIR DUIT.

Makamah dah putuskan.......

http://umnobukitjelutong.blogspot.com/