MB TERENGGANU MESTI LETAK JAWATAN ATAU BUBAR DUN

Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Ramli Dalip berkata Isu ADUN Terengganu memboikot Sidang DUN membuktikan bahawa BN Terengganu menghadapi masalah dalaman yang kronik sehingga ada ADUN yang berani bertindak demikian.

Malah tindakan pihak tertentu menghantar sms ugutan bunuh merupan suatu tindakan serius yang menunjukkan perpaduan BN khususnya Umno sedang goyah.

“MB Terengganu, Ahmad Said tidak boleh menolak fakta bahawa beliau sebenarnya tidak disukai oleh hampar separuh dari ADUN BN sendiri.”

“Desas-desus bahawa 10 ADUN yang bertindak memboikot Sidang DUN mahu membuat usul tidak percaya mungkin benar kerana itulah ada pihak mengugut mereka” kata Ramli.

Menurutnya, Menteri Besar Terengganu perlu akur dengan keadaan ini di mana jika usul undi tidak percaya ini dibawa kemungkinan besar kedudukan beliau pasti tergugat seandainya 10 ADUN BN dan ADUN PAS menyokognya.

“Bagi saya samada usul undi tidak percaya itu mendapat majority atau tidak Ahmad Said sepatutnya meletakkan jawatan dan membubarkan DUN bagi membolehkan rakyat memilih kerajaan dan Menteri Besar baru yang mendapat mandat dari rakyat.”

Ahmad mesti akur bahawa beliau tidak lagi mendapat sokongan majoriti dalam DUN Terengganu.

Comments