PMTG PAUH : PENCALONAN ARIF SHAH KUBURKAN HARAPAN BN ~ Ref Malaysiakini

Ramai beranggapan pencalonan ADUN Seberang Jaya, Arif Shah Omar Shah akan mengecilkan lagi peluang BN untuk merampas kerusi Parlimen Permatan Pauh.
Sebahagian besar ahli Umno akar umbi merasakan Ketua Umno Bahagian, Abdul Jalil Majid dan Bekas Timbalan Ketua Bahagian, Ahmad Saad lebih layak kerana kedua-dua mempunyai sokongan ahli akar umbi Umno. Malah bagi mereka Bendahari Umno Negeri, Dato' Zainal Abidin Osman juga lebih baik dari Arif Shah kerana beliau lebih disukai oleh pengundi bukan Melayu.
Sejauh mana anggapan ini benar akan dapat dibuktikan pada 26 Ogos ini di mana pengundi akan menjadi hakim kepada kedua-dua calon PKR dan BN ini. Di atas kerta calon PKR merupakan calon 'favourite' manakala Arif disifatkan 'underdog'.
Tinjauan sahabat-sahabat saya di sekitar Parlimen Permatang Pauh mendapati kedua-dua parti telah mula menggerakkan jentera masing-masing di mana lambang dan bendera PKR dan BN sudah mula dinaikkan di serata tempat seolah-olah penamaan calon telah selesai.
Markas-markas dan pejabat-pejabat serta bilik operasi parti-parti komponen Pakatan Rakyat dan BN juga kelihatan mula meriah dengan hiasan dan lampu terang benderang sehingga ke pagi.
Salah seorang sahabat saya, Mzah sudah 2 kali berkunjung ke Permatang Pauh untuk meninjau kerja-kerja PKR dan PAS. Menurutnya PAS sendiri sudah mula menggerakkan jentera parti sejak hari perletakkan jawatan Wan Aziziah lagi.
Beliau sempat bertemu ADUN PAS Permatang Pasir, Hj Hamdan Abdul Rahman dalam kunjungannya ke sana. Menurut YB Hamdan yang sudah 3 penggal mewakili DUN Permatang Pasir pihaknya sendiri sudah turun lebih awal menemui pengundi-pengundi di kawasan beliau. Bagi YB Hamdan beliu tidak mempunyai sebarang masalah untuk mendapat sokongan penyokongnya lebih-lebih lagi YB Hamdan sendiri amat disenangi pengundi DUN Permatang Pasir. Malah bukan sahaja DUN Permatang Pasir pengundi-pengundi di Seberang Jaya, Penanti dan DUN-DUN lain memang mengenali kerana sering membantu mereka dalam apa juga urusan.
Penamaan calon Pilihanraya Kecil Permatang Pauh ini akan diadakan pada 16 Ogos dan pengundian akan dijalankan pada 26 Ogos.

Comments

void corp 78 said…
sheikh, jangan terlampau angkuh n over confident sebab biasanya kalau over confident ni selalunya kalah, macam pilihanraya 2008 ni. Masalah kenaikan minyak orang melayu dah lupa , cuma skrg ni apabila membabitkan isu forum masuk Islam yg dibuat oleh BAR Council (sekutu DAP + Hindraf) dan juga UiTM, orang melayu dah mula terasa nak bersatu balik, most prob akan sokong UMNO n BN. Takpe kita tgk camne nanti. wasalam