DESAK LETAK JAWATAN SEBAB BINA EMPAYAR KEKAYAAN

Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal menempelak manifesto pembangkang yang mahu kepimpinan Sarawak diubah sedangkan kepimpinan parti itu juga masih tidak berubah.

Mohd. Shafie berkata, pemimpin utama DAP dan Pas masih tidak berubah sehingga kini walaupun ada pemimpinnya telah berada di jawatan tertinggi melebihi 20 tahun seperti Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Program Mesra Rakyat di Kampung Jaie dekat Sadong Jaya, Samarahan semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai manifesto PR yang mula diedarkan semalam.
Shafie sebenar sengaja buat-buat tidak faham. Gesaan PR supaya pemimpin Sarawak berundur bukanlah atas fakta umur atau kerana lamanya seseorang pemimpin memerintah tetapi ianya disebabkan sikap pemimpin terbabit membina kekayaan dan empayar keluarganya yang menjadi 'bilionaire'. Lama memerintah dan umur tidak menjadi soal jika seorang pemimpin itu bersih, berakhlaq, bertaqwa dan sihat.


Masalah Sarawak ialah pemimpin yang ada jelas menggunakan kuasanya untuk membinar empayar kekayaan di mana terbukti di depan mata pemimpin itu, anak-anaknya dan saudara maranya semuanya kaya raya. Pada masa yang sama negeri Sarawak dan rakyatnya terus miskin dan menderita.

Comments