Kempen PR pada Pilihanraya Negeri Sarawak (PRN) mencatatkan permulaan yang amat baik berbanding dengan PRN Sarawak 2006.
Di Kuching Premier 101 Commercial Centre, kira0kira 5,000 rakyat membanjiri kawasan perniagaan mendengar ceramah pimpinan PR termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng.
Di Miri bertempat Boulevard Commercial Centre, berdekatan Pusat Pakar Perubatan Miri dan Sibu kira-kira 1,000 rakyat membanjiri venue ceramah di kedua-dua tempat tersebut.
Guan Eng berkata keadaan amat berbeza dengan 'mood' rakyat pada PRN Sarawak 2006.
Pada ceramah tersebut Guan Eng membidas Ketua Menteri dan Timbalan Ketua Menteri iaitu Taib Mahmud dan George Chan yang terus bertanding pada PRN kali ini sedangkan mereka sudah berkali-kali menyatakan untuk berundur.
"Walaupun SUPP menurunkan beberapa orang muka baru tetapi isunya ialah kepimpinan mereka masih orang lama (merujuk kepada Taib dan George Chan, ini sama seperti meletakkan wain di dalam botol yang baru, wain lama itu beracun kepada rakyat" kata Guan Eng.
Ketua DAPSY, YB Anthony Loke pula berkata pada ceramahnya di Miri, di dalam Dun Piasau, di mana George sudah 6 kali bertanding di sini, kira-kira RM10,200 berjaya dikutip untuk tabung Pilihanraya.
"Respon sangat baik kita berjaya kutip RM10,200" kata Loke.
Comments