PRN SARAWAK : NEGERI BERKEBAJIKAN TAWARAN PR PADA RAKYAT

PR konsisten untuk menubuhkan sebuah negeri berkebajikan jika PR berjaya menubuhkan kerajaan baru di Sarawak pasca 16 April ini. Berdasarkan situasi semasa tidak mustahil negeri Sarawak akan jatuh ke tangan PR sebagaimana jatuhnya Selangor, Perak, Selangor dan Kedah pada PRU 2008 lalu. Siapa sangka perkara yang dianggap mustahil itu berlaku dengan kehendak Allah. Jadi apakah perkara ini akan berlaku di Sarawak pula? Sama-sama kita doakan agar pintu hati rakyat Sarawak terbuka untuk PR.



Berikut antara intipati manifesto yang bertemakan 'Kami Menjulang Kedaulatan Rakyat, Ketuanan Rakyat.'


Pentadbiran yang baik berdasarkan prinsip antarabangsa – cekap, Akauntabel, Telus atau CAT dengan mengagih kekayaan hasil bumi terus kepada rakyat; di samping menolak amalan nepotisme dan rasuah sebagaimana yang diamalkankan BN Sarawak sebelum ini.


Menubuhkan Dana Pembasmian Kemiskini sebanyak RM1 bilion untuk menangani keluarga rakyat di bawah paras kemiskinan.


Menjamin hubungan baik antara persekutuan dan negeri Sarawak dengan meningkatkan pemberian royalti dari 5 peratus ke 20 peratus.


Membela Sarawak yang lebih hijau dengan menghentikan pembinaan empangan yang berlebihan serta melarang sama sekali pembinaan loji nuklear di Sarawak.


Mempertahan identiti kebudayaan etnik-etnik di Sarawak dengan menggalakkan pembelajaran bahasa ibunda serta memberikan peruntukan sistematik kepada anak Sarawak tanpa mengira kaum sebagaimana yang telahpun diamalkan oleh di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.


Membela hak wanita dengan keserataan jantina di samping membina prasarana bagi membela nasib wanita dan kanak-kanak yang mengalami keganasan rumah tangga dan lain-lain.


Melabur untuk masa depan dalam modal insan, infrastruktur termasuk membangunkan prasarana jalur lebar (WiFi) dalam masa 2 tahun.

Comments