SPRM VS KASTAM : DUA-DUA TAK BOLEH PAKAI?

Sehari dua ini heboh pasal kematian Pegawai Kastam Ahmad Sarbani yang ditemui meninggal dunia di kawasan Pejabat SPRM. Semua orang tahu ini adalah kali kedua kes kematian orang yang disiasat di Pejabat SPRM. Kalau Teoh Beng Hock dituduh membunuh diri oleh pihak tertentu sehingga inques pun tidak dapat jawapan kepada kematiannya Beng Hock kini kes Sarbani pun mungkin berakhir dengan perkara yang sama.


Kita juga tahu antara agensi kerajaan yang banyak melakukan rasuah selain dari Polis, JPJ dan lain-lain termasuk Kastam. Di sini (agensi-agensi ini) lubuk pengamal rasuah kerana kerajaan yang agensi ini bernaung juga bapak rasuah. Bapak borek anak rintik.


Jadi kalau kedua-dua agensi ini 'berbalah' dalam hal ini memang patut 'berbalah' kerana ianya melibatkan kematian. Mana mungkin kita boleh duduk diam jika anggota kita mati yang sebab kematian amat meragukan.


Namun bagi blog ini kedua-dua agensi tersebut sebenarnya sudah lama diragui ketelusan dan integritinya oleh rakyat. Dua-dua tak boleh pakai??????

Comments

Anonymous said…
assalamualaikum..

boleh komen sikit tentang strategi Pakatan Rakyat Sarawak.

disini saya menyatakan sedikit rasa kesal berkenaan strategi mengumumkan calon ketua menteri sarawak dengan terlalu awal.

berikutan pengumuman ini keluar awal, telah wujud isu terbaru iaitu "sentimen kristianisasi Sarawak". Setelah 30 tahun lebih sarawak dipimpin oleh bumiputera Islam, sekiranya Pakatan Rakyat memerintah, jawatan tersebut terpaksa diserahkan kepada calon bukan Islam (bumiputera). Ini sesuatu yang amat dikesali.

Perkara utama yang dikuatiri berlaku ialah sepertimana Negeri Sabah (satu ketika dahulu). Setelah Joseph Pairin Kitingan dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah, proses kristianisasi giat dijalankan disabah.

Untuk pengetahuan semua, ketika Pairin Kitingan menjadi ketua menteri (kristian) sabah. beliau telah menjalankan misi khas, iaitu menghantar seberapa banyak pemuda-pemuda kristian ke luar negara untuk menuntut ilmu melalui biasiswa negeri.

Tindakan beliau dilihat "sedikit menganaktirikan" kaum-kaum bumiputera selain "beragama kristian". Dan akibatnya. Sehingga kini. Ramai cerdik pandai dikalangan "pemuda kristian terdapat di Sabah" berbanding cerdik pandai "pemuda Muslim". Ini semuanya adalah sebahagian daripada kejayaan misi pairin kitingan.

Saya berharap agar, pakatan rakyat mencalonkan semua "calon ketua menteri sarawak" dikalangan bumiputera Islam samada daripada KEADILAN Sarawak ataupun PAS Sarawak. Ini bagi menjamin survival bumiputera Islam dan agam Islam di bumi Sarawak agar tragedi Sabah (Pairin Kitingan tidak berulang semula di Sarawak).

Saya lebih rela Pakatan Rakyat tewas di Sarawak berbanding mendapat ketua menteri yang merupakan penganut kristian.

wallahualam
Anonymous said…
Kalau ada kes Bapa rogol anak adakah semua bapa berbuat begitu?
Jadi Kalau hendak tulis fikir baik-baik dahulu.