PETANDA AWAL BN SARAWAK NAZAK

Proses penamaan calon Pilihanraya Negeri Sarawak selesai tengahari tadi. Tidak seperti sebelum ini setiap kali Pilihanraya sudah tentu akan ada calon BN yang menang tanpa bertanding kerana tiada calon yang menentang mereka atau kertas pencalonan calon lawan BN ditolak. Namun hari ini semua 71 calon BN akan ditentang habis-habisan samada secara sattu lawan satu atau pertanding lebih dari 2 penjuru. Ini membuktikan keazaman parti selain BN mahu menumbangkan BN yang telah bermaharajalela di Sarawak sejak sekian lama.


Namun penamaan calon hari ini sekali dicemari dengan sikap berat sebelah BN yang menolak bantahan PAS di DUN Muara Tuang dan bantahan PKR di DUN Telang Asan. Sepatutnya calon BN di DUN Muara Tuang Mohd Ali Mahmud tidak layak bertanding kerana beliau tidak mengemukakan penyata kewangan pilihanrayanya untuk Pilihanraya Negeri 2006. Beliau hanya berjaya menyerahkan penyata tersebut selepas masa bantahan ditutup. Jika calon PR yang melakukan demikian sudah tentu calon BN akan diumumkan menang tanpa bertanding.
Jelas sekali calon BN diselamatkan oleh SPR untuk kesekian kalinya.

Comments

miji said…
kalau macam ni kerja SPR, masihkan perlu rundingan, kemukakan bantahan pada "saluran yang betul" macam yang selalu pencacai BN laungkan, semua tu auta KERAjaan BN, yang perlu sekarang ni adalah Jalan raya untuk dipenuhi. 300,000 orang target Presiden PAS.