HUSAM TURUN MELAKA 6 OKTOBER

Naib Presiden PAS, Dato Husam Musa akan hadir dalam 2 program di Melaka pada 6 Oktober. Program pertama akan berlangsung pada jam 3.00 petang iaitu pertemuan dengan pimpinan PAS Negeri dan Kawasan-Kawasan. Manakala pada sebelah malamnya iaitu pada jam 9.00 malam beliau akan berceramah bersama pimpinan PAS Melaka.

Kedua-dua program tersebut akan diadakan di Kompleks PAS Bukit Katil/Bukit Bayan. Program anjuran PAS Kawasan Bukit Katil dilihat penting bagi memberikan peluang kepada pimpinan PAS untuk menerangkan misi dan visi masing-masing jika terus diberi amanah mendepani perjuangan PAS dan PR.

Husam dilihat antara pimpinan PAS yang diterima ramai baik dari kalangan dalaman PAS maupun dari rakan-rakan Pakatan Rakyat.

Comments