146,500 PERWAKILAN UMNO TIDAK JAMIN RASUAH DIBASMI

Penambahan jumlah perwakilan kepada 146,500 anggota bagi pemilihan pimpinan tertinggi Umno dan barisan pemimpin peringkat bahagian merupakan satu daripada tujuh usul pindaan Perlembagaan Umno yang akan dibentangkan dalam perhimpunan agung khas Umno esok.

Angka itu merupakan penambahan lebih 5,000 peratus daripada sejumlah 2,510 anggota perwakilan yang terbabit dalam pemilihan pucuk pimpinan tertinggi sekarang.

Namun saya tidak yakin penambahan perwakilan yang akan membuat pemilihan kepimpinan Umno akan membenteras jenayah rasuah dalam Umno.

Kalau dulu dengan jumlah 2,510 anggota perwakilan, calon-calon berbelanjan hingga jutaan ringgit dengan perwakilan seramai 146,500 orang tidak mustahil calon-calon ini akan berbelanja puluhan juta ringgit demi untuk mendapat pangkat dan kuasa.

Sebenarnya calon-calon ini memang mengamalkan rasuah dari peringkat pemilihan cawangan lagi. Jadi mereka merasuah ahli-ahli cawangan untuk memenangkan orang-orang mereka di peringkat cawangan. Dengan kemenangan orang-orang mereka di cawangan maka kedudukan calon-calon ini sudah pasti terjamin di peringkat bahagian.

Seterusnya mereka merasuah pula perwakilan cawangan-cawangan untuk pemilihan di peringkat bahagian untuk memastikan orang-orangnya menang di peringkat bahagian. Seterusnya mereka merasuah pula perwakilan ke peringkat pusat yang mewakili bahagian untuk memilih mereka semasa pemilihan pusat.

Ini bermakna rasuah bukan sahaja berlaku di peringkat pusat malah bermula dari peringkat cawangan dan bahagian. Calon-calon yang bertanding di peringkat cawangan dan bahagian akan melakukan rasuah seperti biasa. Apakah pindaan perlembagaan ini akan membenteras rasuah di peringkat cawangan dan bahagian malah ianya juga mungkin berlaku pada pemilihan pusat.

Tiada jaminan bahawa rasuah di basmi selagi iman dan Islam tidak dijadikan asas perjuangan.

Comments