BAIKI KELEMAHAN DAN PECUTKAN PERJUANGAN

Kemenangan BN di Bagan Pinang bukanlah suatu titik permulaan untuk kita undur ke belakang. PAS dan PR telah melakukan yang terbaik sepanjang tempoh kempen pilihanraya kecil tersebut.
Namun rakyat masih gagal memahami betapa pentingnya mengangkat seorang pemimpin yang berintegriti dan bersih dari sebarang kes rasuah dan sebagainya.
Rakyat masih termakan dengan politik lama iaitu politik wang, sogokan, janji, upah dan lain-lain. Rakyat tidak menghiraukan betapa nanti imej negara dan imej mereka sendiri tercalar di mata dunia.
Mungkin PR gagal memberikan kefahaman kepada rakyat kerana kerana maklumat mungkin tidak sampai terutama di kawasan pedalaman dan tiada akses kepada internet dan sebagainya.
PR mesti mencari jalan untuk mengatasi masalah politik lama ini kerana walaupun ia bertentangan dengan undang-undang tetapi oleh kerana 'referee' berat sebelah maka ianya tidak menjadi kesalahan.
Seperti yang saya coretkan sebelum ini rakyat tidak menghiraukan kes rasuah Isa tetapi mereka melihat Isa sebagai seorang yang berjasa dan 'friendly' lebih-lebih lagi Bagan Pinang adalah kampungnya sendiri walaupun beliau dilahirkan di Melaka. Beliau diihat sebagai anak tempatan yang pada sangkaan mereka sudah tentu akan memberikan kelebihan kepada mereka.
Kegagalan mempertahankan 3 peti undi yang dimenangi Pakatan Rakyat pada PRU 2008 dulu juga mengejutkan. 3 petin undi itu iaitu Ladang Atherton, Ladang Sua Betong dan Pekan Siliau mengejutkan banyak pihak. Sudah tentu ada 'gula-gula' yang dihadiahkan BN kepada pengundi di sana. PR bukan sahaja tewas tetapi kalah teruk dengan majoriti yang besar di situ.
Kita lihat penerimaan rakyat di sana kepada PR amat baik tetapi ianya tidak diterjemah ke dalam peti undi. Tentu ada kaedah dan strategi licik yang digunakan oleh BN sehingga pengundi begitu bijak menyembunyikan 'stand' mereka.
Apapun kekalahan ini bukan bermakna PR akan terus ditinggalkan oleh rakyat. PR sudah menang 7-1 di Semenanjung. Hakikat BN masih runsing dan risau kerana kemenangan besar mereka di Bagan Pinang adalah kerana faktor undi pos dan Isa Samad itu sendiri. Kalau bukan Isa yang bertanding ramai yang berpendapat BN hanya akan menang undi pos dan mendapat majoriti kecil untuk undi biasa.
Adakah BN mempunyai 'ISA' di lain-lain kerusi di seluruh Malaysia?
Jadi PR mesti meneruskan gerakerja mendekati rakyat dan mempamerkan 'performance' yang baik di kesemua negeri yang dikuasai mereka. Kurangkan karenah remeh temeh, rapatkan saf sesama parti komponen PR dan dalaman parti. Tunjukkan pada rakyat kita adalah padu, bekerja secara berpasukan dan tidak mempunyai sebarang masalah.
Kita faham sebenarnya BN masih belum puashati dengan kemenangan ini kerana mereka sedar kemenangan mereka banyak dibantu oleh undi pos dan faktor calon.
Insya Allah kita akan terus maju dan mampu membebaskan rakyat Malaysia dari kezaliman dan penipuan BN yang telah bermaharajalela lebih dari 50 tahun.

Comments