Saya menyokong sebarang usaha untuk membuat petisyen terhadap keputusan Pilihanraya Bagan Pinang kerana bagi saya memang wajar ianya dibuat kerana terlampau banyak penyelewengan, penipuan dan salahlaku yang dilihat dengan mata kepala kita sendiri.
Antaranya :-
1) Proses pengundian pos yang tidak telus. Undi yang dihantar keluar dari kem tidak dapat dipastikan samada ia dipangkah oleh pengundi sebenar atau orang lain. Malah pengundi yang datang mengundi di dalam kem juga tidak dapat dipastikan samada pengundi sebenar atau tidak. Polling Agent parti tidak dibenarkan membuat semakan nama pada kad tentera dan sebagainya
2) Berlaku rasuah dan sogokan yang berleluasa di mana pengundi di beri barangan dan duit 'cash' oleh petugas BN.
3) Berlaku kehilangan nama pengundi di dalam daftar pemilih yang digunakan sedangkan mengundi terbabit sudah mengundi di DUN Bagan Pinang beberapa kali. Sebagai contoh di Ladang Atherton 4 pengundi gagal mengundi kerana masalah ini sedangkan mereka tidak pernah menukar tempat mengundi. Di peti undi lain juga berlaku perkara yang sama.
4) Berlakunya pertindihan nama di mana terdapat pengundi yang mempunyai nama di dua tempat mengundi yang berlainan yang memungkin mereka mengundi lebih dari sekali. Semua ini membuktikan bahawa daftar pemilih adalah caca marba dan berkecamuk.
5) Penggunaan jabatan dan agensi kerajaan oleh BN tanpa segan silu.
6) Menteri Umno berkempen di dalam kem sedangkan ia sepatutnya tidak dibenarkan.
7) Berlakunya ugutan terhadap pengundi dan penyokong PAS supaya tidak mengundi PAS
8) Tindakan samseng petugas BN adalah melanggar undang-undang jenayah dan pilihanraya
Jadi tidak syak lagi PAS mesti mengemukakan petisyen bagi menegakkan kebenaran dan mendaulatkan undang-undang.
Comments