UMNO TAK BERANI DEBAT ISU UNDI POS

Saya yakin Umno tidak akan berani untuk berdebat dalam isu ketidaktelusan undi pos. Pemimpin Umno hanya berani membuat kenyataan akhbar tetapi tidak berani untuk berdepan secara dalam debat atau forum.
Cabaran Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) untuk berdebat dengan kepimpinan UMNO atau pemuda UMNO berhubung isu undi pos sehingga hari ini tidak disambut.

Ketua Penerangan DPPP , Suhaizan Kaiat berkata beberapa hari lepas, debat itu diadakan bagi membolehkan Pas menyenaraikan satu persatu ruang manipulasi yang ada di dalam undian pos.

“Kita boleh terima kekalahan di kawasan Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang itu. Ini berlaku mungkin berpunca daripada beberapa kelemahan.

“Namun begitu, Pas tidak dapat menafikan wujudnya satu sistem yang lemah serta manipulasi pihak tertentu dalam pelaksanaan undian pos ini,” katanya dalam blog peribadinya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan berhubung dakwaan pemimpin Pas terus memainkan isu undi pos dan tidak mengakui kekalahan dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.
Umum mengetahui jarang sekali pemimpin Umno berani berdebat dengan Pakatan Rakyat dalam apa juga isu kerana ternyata mereka tidak mempunyai hujah kukuh dan fakta mantao untuk diketengahkan pada debat tersebut.
Akhirnya mereka mengambil jalan mudah iaitu berdiam diri dan takut untuk berdebat atau berforum.


.

Comments