PILIHANRAYA UMUM KE 13 SETAHUN LAGI : MELAKA BAKAL JATUH KE TANGAN PR

Pilihanraya Umum ke 13 bakal diadakan lebih awal. Paling lewat ianya akan diadakan dalam masa 2 tahun lagi. Paling awal ianya akan diadakan pertengahan tahun depan.
Najib sebenarnya sudah tidak mampu untuk bertahan dengan keadaan sekarang di mana 4 buah (5 termasuk Perak ) dikuasai PR. Negeri termaju juga iaitu Selangor dan Pulau Pinang dikuasai oleh PR.

Jadi untuk menunggu lebih lama sehingga 4 tahun lagi, Najib tidak sanggup. Mungkin agaknya beliau selesa BN masuk kubur lebih awal.
Najib sebenarnya serba salah kerana semakin lama beliau tunggu BN semakin parah. Apa yang amat dibimbangi oleh Najib ialah rakyat Sarawak dan Sabah akan berubah. Riak-riak ini memang jelas terutama kesanggugan pengundi Batang Ai memberikan undi yang memberangsangkan pada Pilihanraya Kecil DUN Batang Ai tidak berapa lama dahulu.
Bagi menyelamatkan BN Najib terpaksa berkorban dengan mengadakan Pilihanraya umum lebih awal supaya sekurang-kurangnya BN masih dapat memerintah di peringkat pusat walaupun beliau tahu BN bakal kehilangan Negeri Sembilan, Johor hatta Melaka.

Najib benar-benar berada dalam keadaan tersepit ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapak. Mau tidak mahu Najib terpaksa membuat pilihan samada hendak telan atau luahkan sahaja kahaknya.
Ibarat ditelan kerajaan pusat terlepas, diluah beberapa negeri lagi akan dikuasai PR.

Comments

Anonymous said…
aikkk,,ta kan PR nak bagi BN menang Federal lagi kut? 2thn ni pun dah cukup seksa.tk kan nak bagi sambung lg?
zakaria @ black said…
berangan le ko sofi nak rampas melaka.. ko menang ydp bkt katil pun sebab main duit, jgn cakap la ko nak perjuangkan islam. perjuangkan ajaran bible pas tu ade la...
Anonymous said…
AKU YAKIN MELAKA AKAN DITAWAN OLEH PR..AKU TENGOK SOKONGAN MELAYU PADA PR ESPECIALLY KAWASAAN DAP SEMAKIN MENINGKAT....SOKONGAN BUKAN MELAYU DI KAWASAN BN SEMAKIN MEROSOT...BUKAN SAHAJA DI MELAKA MALAH DISELURUH NEGARA SOKONGAN BUKAN MELAYU TERHADAP BN MEMANG SEMAKIN BERKURANG...MEREKA HANYA PERCAYA MELAYU PR SAHAJA YANG BOLEH MEMBERIKAN MEREKA KEADILAN DAN KESAMARATAAN UNTUK KAUM MEREKA...UNTUK MELAYU2 UMNO DAN BN..JANGAN HARAP KORANG AKAN MENANG LA..SEKARANG ORG BUKAN MELAYU SUDAH CERDIK...X MACAM DULU LAGI...KUASA SUDAH ADA DITANGAN MEREKA....KORANG X PAYAH TENGOK JAUH2LA...CONTOHNYA PILIHANRAYA DEKAT BUKIT GANTANG...PERATUS UNDI BUKAN MELAYU BERAPA KERAT SANGATLA...HEHEHE...PADAN MUKA KORANG...BANTUAN YANG KORANG BERI SEMUA DIORANG SAPU BERSIH DGN HARAPAN KORANG DAPAT UNDI DARIPADA DIORANG....HEHEHE...KORANG SILAP...LAIN KALI BERINGATLA YE.....ADIOOOOS..
Unknown said…
Saya lagsung tak yakin bahawa Melaka sahaja yang jatuh ke tangan PR. Sebabnya, bukan Melaka aje, mungkin yang tinggal untuk UMNO hanya Sabah dan Sarawak sahaja. Tu pun tinggal dua tiga bangku aje kot..Orang mancing dia pun nak mancing..