RASUAH DALAM PAS & ULAMA VS PROFESSIONAL : MEDIA HENTIKAN FITNAH KOTOR SERTA MERTA

Saya menggesa media pembodek dan kaki fitnah supaya menghentikan serta merta kerja jahat mereka memfitnah bahawa ujudnya wabak rasuah dan pertembungan antara ulama dan professional di dalam PAS.
Dari dahulu, kini dan selamanya saya yakin tidak pernah ujudnya wabak rasuah di dalam PAS kerana semua ahli PAS ditarbiah bahawa pemberi dan penerima rasuah adalah berdosa. PAS adalah sebuah parti yang mementingkan dosa dan pahala serta sangat takut kepada Allah berbeza dengan BN khususnya Umno di mana rasuah sudah menjadi darah daging mereka samada di dalam parti ataupun pentadbiran.

Saya tidak bercakap kosong, buktikan sejak PAS memerintah Kelantan 19 tahun dahulu tidak seorang pun pemimpin dan pegawai kerajaan negeri disabitkan dengan kesalahan rasuah. Berbeza dengan pegawai dan pemimpin kerajaan BN yang yang cukup ruang untuk saya tuliskan mereka yang terlibat dengan rasuah. Malah pemimpin tertinggi mereka pun terlibat dengan rasuah seperti Ali Rustam, Isa Samad dan lain-lain.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Dato' Mustafa Ali juga menegaskan pihaknya tidak menerima sebarang aduan samada rasmi atau tidak berhubung dakwaan politik wang dalam pemilihan PAS.

Malah Mustafa menafikan berlakunya amalan itu memandangkan PAS adalah sebuah parti yang tidak mengamalkan politik wang sejak dahulu.

Beliau juga menyatakan akan menolak aduan jika pengadu tidak mengemukakan bukti atau hanya membuat aduan secara 'hear say'.

Menyokong kenyataan itu bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri pula menegaskan tidak pernah berlaku dalam PAS amalan tersebut.

Malah isu itu katanya hanya sengaja disensasikan oleh media arus perdana bagi memberi persepsi negatif kepada PAS tatkala sokongan kepada parti semakin meningkat.
Begitu juga dalam isu ulama vs professional yang jelas ianya menjadi isu yang sengaja dimainkan oleh media setiap kali adanya pemilihan kepimpinan PAS. Ulama dan Professional memang sudah lama menjadi pemimpin PAS dan ini tidak menjadi masalah cuma media sahaja yang sengaja menggunakan isu ini untuk memecahkan perpaduan di dalam PAS. Dr Burhanuddin Al Helmy bekas Presiden PAS merupakan seorang professional. Dr Abas Alias yang pernah memangku jawatan Presiden PAS adalah juga seorang professional.
Sudah lama professional dan ulama memimpin PAS dan ianya tidak pernah menimbulkan masalah dalam PAS. Jadi tidak timbul pertentangan dan pertembungan hebat seperti yang digembar-gemburkan oleh media.
Saya menggesa media terutama TV3 (Suku), Utusan (Meloya), Berita (Hairan) dan lain-lain supaya berhenti memainkan fitnah dan kerja jahat ini. Takutlah akan siksaan Allah terhadap fitnah dan tohmahan sebegini. Ketua Pengarang, Pengarang, Editor, wartawan dan lain-lain akan dipertanggungjawabkan oleh Allah selagi fitnah tersebut melekat di kepala para pembaca.

Bertaubatlah sebelum terlambat!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Comments

Anonymous said…
BAGI BAJU PUN RASUAH KE?...BODONYE ORG2 BN..KALO BN BAGI RASUAH JUTA2 KAT TOKE2 BALAK XPE YE...
SETAKAT BAGI BAJU PUN NAK KECOH...POOOOOODAH BN....