KERAJAAN SAMBIL LEWA TANGANI WABAK SELSEMA BABI

Hari ini Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menasihati baki penumpang penerbangan pesawat Malaysia Airlines (MAs) MHO91 dan AirAsia AK5358 pada 13 Mei lepas yang menaiki pesawat bersama dua pesakit yang dijangkiti Influenza A (H1N1) supaya tampil mendapatkan rawatan.

"Saya berharap mereka yang berada dalam penerbangan itu supaya tampil demi keselamatan dan kesihatan mereka," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang.

Laporan hari ini mengatakan bahawa Kementerian Kesihatan masih mencari baki penumpang yang menaiki pesawat bersama dua pesakit yang dijangkiti virus selesema H1N1 itu.

Saya masih kurang percaya bagaimana seorang pemimpin yang dikatakan cerdik boleh mengeluarkan kenyataan yang kurang cerdik sebegini.
Malah kementerian serta agensi kerajaan yang hebat dengan fasiliti yang canggih sepatutnya menjejaki semua penumpang terbabit bukan meminta penumpang terbabit 'menyerah diri' di hospital berdekatan.

Bukankah semua penumpang mempunyai pasport dan pengenalan diri sudah tentu mereka boleh dicari dan dijejaki. Bukankah ini penyakit yang amat bahaya dan boleh merebak dengan mudah. Kerajaan tidak boleh lepas tangan dan mengambil jalan mudah seperti meminta mereka 'menyerah diri'.

Sepatutnya seluruh agensi kerajaan seperti kementerian kesihatan, Jabatan Imigresen, Polis dan agensi kerajaan lain mengerah sepenuh tenaga menjejaki mereka ini bukannya menanti dan menanti seperti menunggu buah yang tidak gugur.

Timbul tanda tanya di dalam diri saya apakah kerajaan One Malaysia ini benar-benar serius menangani wabak ini atau sekadar melepaskan batuk ditangga.

Kalau wabak berbahaya seperti ini pun kerajaan ambil mudah bagaimana dengan perkara lain yang tidak melibatkan wabak dan kematian?????

Fikir-fikirlan wahai rakyat Malaysia.

Comments

Akan sungguh kecewa jika saudara/saudari lihat cara pihak imigren,kesihatan dan kastam kendalikan pintu masok dan keluar negara ini.

Bukan sahaja wabak penyakit akan masok tapi orang orang tanpa paspot pon bolih keluar dan masok.
Ini banyak berlaku di sempadan utara dan di sabah /sarawak.
Semua jenis orang dan barangan bolih keluar masuk dengan mudah dengan "Kopi-O".
Anonymous said…
kerajaan nak tunggu ramai yang mati kerana sesema babi ni baru nk bertindak, masa tu lah masing2 tunjuk hero cari popularity. skrang ni belum ada yang mati. Dah biasa macam ni bukan tak thu ...