SAHABAT-SAHABAT MARI KITA BERKAMPUNG DI STADIUM MELAWATI 4,5,6 DAN 7 JUN

Kepada sahabat-sahabat lama saya samada dari kampung, Jengka, Sekolah Menengah maupun USM mari sama-sama kita berkampung untuk mendengar amanat pimpinan kita pada Muktamar PAS Pusat yang akan berlangsung pada 4-7 Jun di Stadium Melawati Shah Alam.

Mari sama-sama kita tekadkan usaha dan bulatkan semangat untuk meneruskan kerja-kejar perjuangan warisan Rasulullah dan ulama’ serta pejuang terdahulu bagi menegakkan Islam yang kita cintai ini.

Rindu rasanya untuk bertemu kalian yang dahulunya begitu bersemangat terutama sahabat sekampus di USM dulu. Kalau dahulu kalian hebat berusrah, berdiskusi, bermesyuarat setiap malam dan bertamrin setiap cuti semester mengapa sekarang kita seperti dahulu.

Mengapa di masa kalian sudah senang lenang dengan kereta besar, isteri besar/cantik, duit banyak, harta banyak dan lain-lain kalian tidak betah dan tidak bersemangat untuk bersama-sama membantu pimpinan kita mengharung perjuangan yang penuh dengan onak, badai, duri dan taufan ini.

Adakah perjuangan kita hanya ketika belajar dan jika ada masa lapang sahaja.???

Mari kita mulakan tekad baru untuk sama-sama menggabungkan diri dalam perjuangan ini. Kalian orang berada dari segi wang ringgit, idea dan kebolehan. Mengapa tidak ianya disalurkan untuk perjuangan yang amat memerlukan tenaga kalian.

Masih banyak ruang dan lompang yang masih belum diisi. Orang seperti kalianlah yang dapat membantu mengatasi masalah itu.

Ayuh yang lepas biarkan ianya berlalu. Mari kita bina hidup baru dengan perjuangan ini.

Takbir!!!! Allahu Akhbar.

Jumpa di Stadium Melawati, Shah Alam.

Comments

Unknown said…
Insya-Allah. Jika dipanjangkan umur, kita jumpa di sana. Boleh juga bertukar-tukar pendapat secara bersemuka. Ukhuwah sesama kita pun dapat jadi lebih erat. Jumpa di sana...