
Apa mainan politik Pak Lah sehingga 'announce' bahawa jawatan Timbalan Presiden tidak perlu atau tidak boleh dipertandingkan. Seolah-olah ia hak mutlak Najib. Sedangkan ramai lagi calon yang lebih bersih dan layak dari Najib yang penuh dengan kontroversi tu.Pak Lah dilaporkan (dari sumber dalaman Umno) akan mengumumkan bahawa 2 jawatan tertinggi Umno tidak akan dipertandingkan selepas mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Umno petang ini.
Kalau benar ianya terjadi maka hancurlah harapan Ku Li dan Muhyiddin untuk bertanding menentang kedua-dua pemimpin yang tamakkan kuasa ini. Juga Umno terus me'lacur'kan sistem demokrasi yang kononnya diperjuangkan oleh mereka.
Comments