Saya mengharapkan seluruh rakyat Malaysia bersama-sama duduk di hadapan kaca TV masing-masing pada 9 malam 15 Julai Selasa minggu hadapan bagi menonton siaran langsung perdebatan isu harga minyak antara ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menteri penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Dua saluran televisyen swasta, TV3 dan Astro Awani akan menyiarkan secara langsung rancangan itu.
Pihak Agendadaily.com selaku penganjur telah mengesahkannya. Namun difahamkan RTM1 berundur kebelakang apabila hanya membuat siaran tertunda debat yang bertajuk "Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak". Debat ini akan diadakan di auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di ibu negara.
Moderator 'berat sebelah' dalam rancangan perbincangan isu-isu semasa di RTM, Johan Jaaffar akan ditugaskan menjadi pengerusi debat tersebut. Prosedur debat iaitu Anwar dan Ahmad Shabery membawa seorang penyoal untuk mengemukakan soalan kedua-dua panelis itu.
Hanya 200 orang dibenarkan masuk termasuk 50 orang yang dijemput Anwar dan 50 lagi oleh Ahmad Shabery.
Saya mengharapkan pengerusi debat dapat menjadi pengerusi yang adil tidak sebagaimana cara beliau mempengerusikan rancangan isu-isu semasa di RTM di mana beliau sering memotong hujah ahli panel terutama panelis yang bukan penyokong kerajaan.
SAYA JUGA MENGHARAPKAN JANGAN ADA PEMBATALAN DI SAAT AKHIR SAMADA PEMBATALAN SIARAN LANGSUNG ATAU PEMBATALAN DEBAT ITU SENDIRI. JANGAN NANTI ADA PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA PULA MENGISYTIHARKAN DEBAT DIBATALKAN, MACAM NAK ISYTIHAR ANAK BULAN TIDAK KELIHATAN
Comments