PRK HULU SELANGOR : HANTU-HANTU TELAH BERKELIARAN DI SANA?

Mungkinkah hantu-hantu sudah berkeliaran di Parlimen Hulu Selangor bagi membantu memenangkan calon BN pada pengundian esok.

Tidak siapa yang dapat memastikan tiada hantu mengundi esok kerana apa yang pasti petugas parti dan pengundi di sana tidak mengenali 100 % pengundi di sana. Jika ada hantu yang mempunyai kad pengenalan yang sah dan datang mengundi esok tiada siapa yang dapat menghalang. Jika seseorang itu datang dengan membawa kad pengenalan dan gambarnya tertera pada kad pengenalan itu maka siapa yang boleh menghalang mereka mengundi.

Kita semua tahu bahawa kad pengenalan boleh dibuat pada bila-bila masa dan sudah terbukti bahawa terdapatnya kad pengenalan palsu seperti yang dijumpai di Sabah beberapa ketika dahulu.

Dengan segenap kelengkapan dan kecanggihan dan kuasa semuanya ada ditangan mereka, maka siapa yang dapat menghalang penyelewengan dan penipuan ini dari berlaku.

Jadi esok hanya satu cara sahaja yang boleh dilakukan iaitu Polling Agent kita mesti berperanan dengan baik dan tegas. Polling Agent mesti memeriksa kad pengenalan dan bertanya kepada mana-mana pengundi yang dilihat mencurigakan. Polling Agent mempunyai kuasa untuk memeriksa dan menahan pengundi-pengundi yang mencurigakan. Dengan cara ini Insya Allah kita dapat memberikan sedikit tekanan kepada pengundi hantu agar mereka tidak bermaharajalela mengundi esok.

Comments

Jati Diri said…
Dah tau nak kalah mulalah nak salahkan hantu......
G-Man said…
Aku dengar ucapan Najib dlm berita. Kesimpulan yg aku buat bila mana aku dengar ucapan itu ialah BN memang akan menggunakan pengundi hantu untuk memenangi pilihanraya esok. Najib menggesa agar semua pengundi tidak mengabaikan tanggungjawab untuk mengundi. Dia juga menggesa agar pengundi Hulu Selangor yang tinggal di luar pulang mengundi. Bagi aku pesanan itu adalah perkara biasa. Tapi yang aku teramat musykil apabila Najib mengeluarkan kenyataan berikut :

"Seandainya peratusan yang keluar mengundi adalah tinggi, maka sudah pasti BN akan memenangi pilihanraya ini malah dengan majoriti yang lebih besar lagi"

Aku teramat pelik kenapa Najib begitu yakin kalau peratusan mengundi tinggi maka BN akan menang dengan majoriti yang lebih tinggi. Teori apa yang Najib pakai?