PRK BKT GELUGOR : NAJIB KECUT PERUT, BN TAK LETAK CALON

BN tidak berani meletakkan calon pada PRK Bukit Gelugor pada penamaan calon esok. Ternyata BN kecut perut kerana mereka tahu mereka akan kalah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata beliau menerima keputusan MCA untuk tidak bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor namun ia tidak bermakna akan memberi laluan mudah kepada DAP.

Najib yang juga pengerusi BN berkata akan ada calon lain yang akan bertanding dan keputusan akan dibuat bila tiba masanya.

Ditanya adakah BN akan menurunkan calon daripada parti-parti komponen, Najib menjawab: "Bukan daripada komponen tapi pihak-pihak lain akan bertanding mungkin sebagai calon Bebas. Kami akan putuskan kemudian".

Bercakap dalam sidang akhbar kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-24 di Nay Pyi Taw, Myanmar, Najib berkata MCA sebagai sebuah parti sedang dalam proses penyatuan.

Comments