PRK BUKIT GELUGOR : PERTANDINGAN 4 PENJURU, SIAPA BONEKA BN?

PRK Bukit Gelugor menyaksikan pertandingan 4 penjuru antara calon DAP, PCM dan 2 calon bebas. Persoalan yang timbul sekarang siapa sebenarnya calon boneka BN kerana BN tidak meletakkan calon kali ini. 

Calon DAP, Ramkarpal Singh Deo Karpal Singh sah merebut kerusi Parlimen Bukit Gelugor dengan mempertahankan kerusi yang dimenangi oleh bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh pada PRU 2013 yang lalu.

3 calon yang menentang beliau

Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor, Kapten (B) Anuar Yahya mengumumkan demikian, sejurus tempoh menghantar borang pencalonan ditutup pada jam 10.00 pagi tadi.
ialah Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan, Wan Abu Bucker Sidiq (Bebas) dan Muhamed Nabi Bux Mohamed Sathar (Bebas).
PRK Parlimen Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian Karpal Singh dalam kemalangan jalan raya berhampiran Gua Tempurung, Ipoh pada 17 April lepas.  

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari mengundi pada 21 Mei ini.  

Pada PRU13 lalu, mendiang Karpal Singh yang mendapat 55,839 undi memenangi kerusi itu dengan majoriti 42,706 undi menewaskan calon BN Teh Beng Yeam, yang memungut 13,597 undi.

Comments