UTUSAN MELOYA CARI SIMPATI : WAN FARID YATIM PIATU? ~ Ref Malaysiakini

Utusan Meloya, akhbar pengampu no 1 Umno/BN mula memainkan peranannya sebagai parti komponen BN. Hari ini Utusan Meloya cuba menarik simpati pembacanya me'highlight'kan bahawa calon BN Wan Ahmad Farid Wan Salleh adalah YATIM PIATU.

Setahu saya seseorang yang digelar YATIM PIATU adalah kanak-kanak atau remaja yang berumur 18 tahun ke bawah. Tapi kalau yang sudah tua bangka kita tidak menggelarkan beliau YATIM PIATU.

Saya mengharapkan Utusan Meloya supaya kalau ingin membodek pun janganlah sampai ditertawakan oleh rakyat dan kanak-kanak.

Dalam laporan Utusan Meloya hari ini Wan Farid dijulang dan dipromosi dengan begitu hebat. Arwah ayahnya seorang yang hebat, bekas Pegawai Daerah dan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu, Arwah ibunya seorang Ustazah di banyak daerah di Terengganu.

Saya yakin bila calon PAS diumumkan nanti, beliau tidak akan mendapat layanan istimewa sebagaimana yang Wan Farid dapat dari Utusan Meloya. Malah acapkali dari pengalaman lepas segala kebaikan dan keistimewaan calon PAS disembunyikan. Perkara-perkara negatif (jika ada) pula digembar-gemburkan.

Inilah kedurjanaan Utusan Meloya, Ketua Pengarang, Editor dan lain-lain yang saya yakin jika mereka tidak memohon maaf mereka akan mendapat pembalasan setimpal dari Allah samada di dunia atau di Akhirat nanti.

Comments