Isu hudud kukuhkan PAS hadapi 17 Januari ~ Ref Malaysiakini

Isu hudud tercetus lagi. Media perkakas Barisan Nasional dengan segera cuba mengambil kesempatan dari kenyataan Dato' Husam Musa di majlis forum di Kota Bharu 21 Disember lalu.
Banyak pihak temasuk dari kalangan penyokong PAS kelihatan panik. Ramai beranggapan isu ini akan memalapkan PAS dalam menghadapi pilihanraya kecil Kuala Terengganu bulan depan.

Saya berpendapat kemunculan isu ini merupakan bonus besar kepada PAS. Kini PAS menjadi fokus. Sekali lagi semua mata tertumpu untuk mengenali parti ini dari dekat. Ada yang datang dengan wajah garang dan mata yang berapi untuk marahkan parti itu. Tidak kurang berduyun-duyun akan menampilkan pembelaan.

Benarkah PAS tiba-tiba jadi parti jahat, tidak toleran dan harus dijauhi oleh orang lain semata-mata janji untuk laksanakan hudud jika ditakdirkan berkuasa mentadbir negara ini.
PAS diasaskan oleh mereka yang mahukan kebaikan dan sentiasa berusaha menolak segala bentuk kejahatan dan penyelewengan. Realiti semasa menunjukkan para pendokong PAS dari ahli biasa hingga pimpinan tertingginya adalah daripada orang yang baik-baik. Mereka taati perintah Allah sekadar termampu dan sentiasa berjuang menolak kejahatan dan kemungkaran.
Dengan tercetus isu seperti ini sekali lagi sesiapa saja boleh menghampiri orang-orang PAS. Dengan perkenalan rapat mereka tentu akan bertemu untuk memahami perbezaan PAS dengan penentangnya. Sesiapa pun yang tidak keliru tentu akan lebih yakin dengan PAS yang berjuang untuk kebaikan sejagat berbanding para penentangnya yang bergelumang segala macam durjana dan penyelewengan.

Hudud merupakan salah satu arahan tetap agama Islam seperti sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain. Ia bukan ideologi atau manifesto PAS tetapi kewajipan setiap muslim bila mereka berkuasa untuk melaksankannya. Malangnya ada pihak yang cuba mengelirukan keadaan dengan sangkaan mereka dapat beroleh keuntungan politik dengan melabel hudud adalah agenda PAS. Sebagai muslim yang taat PAS tidak akan ragu untuk terus berbuat segala yang telah diperintah.

Yakinlah bahawa mereka yang cuba mempermainkan-mainkan perintah Allah akan menghadapi akibat yang buruk. PAS harus bersyukur dengan kemunculan isu ini menjelang pilihanraya di Terengganu kerana dengan perbicangan meluas akan jelaslah kepada pengundi siapa yang berusaha membela mereka dengan kebaikan dan siapa pula yang sebenarnya mempermain-mainkan agama untuk kepentingan politik sempit.

Comments

Anonymous said…
Saudara sofi wahab
sampai hendak melaksanakan hukum HUDUD pun PAS kena minta izin DAP & PKR apa akan terjadi pada umat islam di Malaysia.


LU PIKIR LAH SENDIRI
Anonymous said…
HUDUD dan PAS ibarat manis yang ada pada gula. Kedua-duanya sukar dan mustahil untuk dipisahkan. Untuk artikel penuh, sila lawati www.pemudakemehe1.blogspot.com

Buat DAP dan PKR, berhati-hati menuturkan bicara. UMNO BN sedang memalu gendang perpecahan, kenapa perlu anda menari mengikut rentak paluan gendang UMNO BN?

ikhlas,
www.pemudakemehe1.blogspot.com
Anonymous said…
Bila Husam Musa sendiri yang umumkan UMNO juga dipersalahkan.

Ini permainan PAS yang sangup membelakangkan ALLAH semata-mata untuk mendapatkan UNDI (POLITIK)
Anonymous said…
Bukan minta izin, kita mesti faham mereka yang tidak faham termasuk Umno, DAP dan PKR
pemikiran yang bagus..penerapan hukum islam harus mencontohi bagaimana rasul itu menamatkan perhambaan dalam sejarah kita.. karena ia satu sistem paka perjuanganpun harus dengan sistem..begitulah juga hudud ini..harus punya sistem untuk tegak..di harap mereka yang tidak berapa paham jangan terlalu mengomentari tentangnya,..terutama bagi yang islam..takut anda terkeluar dari islam tanpa anda sedari.. insta alloh swt akan berjaya tegak jua syariah alloh di muka bumi ini..salam perjuangan