ITU POLITIK PUNYA HAL, KITA TAK MASUK CAMPUR - PENTERNAK BABI ~ Ref Malaysiakini

Bila ditanya tentang isu kepala babi sangkut, seorang penternak, Lim Oh Pah secara tegas menyatakan isu ini dilakukan oleh puak atau kumpulan yang sengaja ingin memburuk-burukkan imej penternak.
Di samping itu beliau juga mendakwa bahawa puak-puak tertentu cuba melaga-lagakan mereka dengan orang Melayu.
Beliau mengharapkan pihak Polis dapat menyiasat dan menyelesaikan isu ini dengan segera dan telus.
Sementara itu Persatuan Penternak Babi Paya Mengkuang juga menafikan persatuan tersebut terbabit dengan insiden menggantung kepala babi hutan berdekatan kain rentang Pewaris minggu lalu.
Sebuah media hari ini menyiarkan kenyataan Pengerusi Persatuan Penternak Babi Paya Mengkuang, Na Tian Lam, 55, yang menafikan penggantungan kepala babi hutan minggu lepas ada kaitan dengan pengusaha- pengusaha babi di Paya Mengkuang, Masjid Tanah yang memelihara babi ternak.

Na seperti Lim Oh Pah percaya bahawa insiden penggantungan kepala babi hutan itu dirancang dan bermotifkan politik oleh pihak-pihak tertentu.

"Itu politik punya hal, kita tak mahu masuk campur. Kita pelihara dan keluarkan babi, bukan untuk kacau orang. "Kita cari makan, tak mahu kacau orang," kata Na ketika hubungi media tersebut hari ini.
Sehingga ke hari ini isu babi sangkut ini masih menjadi tandatanya walaupun Polis telah menangkap beberapa suspek sebelum ini namun ianya masih belum selesai.
Pihak-pihak tertentu sedang menangguh di air keruh dengan mengapi-apikan semangat perkauman Melayu untuk mengaut keuntungan politik.

Comments