HUKUM HUDUD : SEMUA PEMIMPIN UMNO BENGONG ~ Ref Malaysiakini

Semua pemimpin Umno yang mengulas isu hudud dalam media hari ini bengong dan cuba membengongkan rakyat.
Dalam kenyataan media, mereka menyalahkan PAS dan kerajaan PR kerana tidak melaksanakan hukum hudud di negeri-negeri yang diperintah PR khasnya Kelantan.
Kalau Najib dua hari bercakap dalam nada yang sama kini 2 orang Naib Presiden Umno juga sama-sama bengong seperti Najib, tidak lebih dan tidak kurang.
Muhyiddin yang kelihatan agak cerdik berbanding Ali Rustam dan Najib, rupa-rupanya sama sahaja 'standard'nya dengan Timbalan Presiden dan Naib Presiden Umno tersebut.
Bukankah sudah dijelaskan (mungkin lebih dari seribu kali) bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan enakmen yang diluluskan oleh DUN, jika enakmen itu bertentangan dengan perlembagaan persekutuan. Dalam kes ini enakmen hudud jelas bertentangan dengan perlembagaan persekutuan. Maka dengan sendirinya ia tidak boleh digunapakai dan terbatal.
Jika Muhyiddin, Ali dan Najib (3 Abdul atau Samdol) mahu negeri-negeri menjalankan hukum hudud sila pinda perlembagaan persekutuan dengan segera. Jangan hanya bercakap ikut sedap mulut atau sengaja ingin mengelirukan rakyat.
Untuk pengetahuan 3 Samdol sekelian, rakyat Malaysia hari ini sudah bijak dan lebih cerdik dari kamu. Mereka tidak akan menerima bulat-bulat apa yang dikatakan oleh Samdol semua.
Dalam media hari ini Muhyiddin Yassin berkata, tindakan Pas itu adalah strategi mereka untuk memancing pengundi di Kuala Terengganu yang majoritinya terdiri daripada orang Melayu dan Islam.

''Setelah lima penggal memerintah Kelantan, namun tiada satu hukuman hudud dilaksanakan di negeri tersebut menunjukkan Pas telah menipu rakyat sejak sekian lama," katanya.
Sementara Ali Rustam pula berkata slogan Pas 'Bangun Bersama Islam' adalah tidak relevan dengan tindakan mereka terutama selepas menang dalam pilihan raya lepas.

''Jika benar Pas ingin bangun bersama Islam, kenapa tidak mempraktikkan hukum hudud terutama di lima buah negeri yang dikuasai pakatan pembangkang," kata beliau.

Comments

Jiwa Merdeka said…
Salam,

Dalam blog saya,saya ada kata mereka berdua bercakap macam orang bodoh.

http://jiwa-bebasmerdeka.blogspot.com
Rakyat Kelantan masih ingat lagi peristiwa hitam pasal Hudud ni di mana Dr Mahathir yg pada waktu itu Perdana Menteri telah menghantar SURAT AMARAN DAN UGUTAN kepada Kerajaan Kelantan pimpinan YAB Tok Guru agar tidak melaksanakan Hudud.

Jika Tok Guru laksanakan jugak hukum Hudud, Kerajaan Pusat akan ambil tindakan mengisytiharkan MAGERAN (darurat).

Kalau betul Umno ikhlas nak tengok Hukum Hudud dilaksanakan, pinda dulu PERLEMBAGAAN MALAYSIA yang menyebut "mana-mana undang-undang atau akta yang bersalahan dengan Perlembagaan Persekutuan, maka undang-undang tersebut akan TERBATAL DENGAN SENDIRINYA"...

ERTINYA, tiada undang-undang yang dibenarkan oleh Pusat untuk mengatasi Perlembagaan Persekutuan.

Dengan kata lain, Kerajaan Pusat lebih memuja undang-undang peninggalan penjajah.