KERAJAAN BN MENIPU LAGI?

Apakah kerajaan  BN menipu lagi. Tidak cukupkah penipuan demi penipuan sebelum ini. Menjelang hari raya ini apakah sekali lagi kerajaan BN menipu.

Keluarga tahanan ISA sedang mendebar menanti apakah kerajaan BN menipu mereka dengan janji manisnya mahu melepaskan tahanan ISA.

Harakahdaily hari ini melaporkan bahawa Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menuntut janji Menteri Dalam Negeri sebelum ini bahawa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan keluarga bakal menerima ‘berita baik’ sebelum Aidilfitri.

Bagaimanapun sehingga hari ini, pengumuman Menteri berkenaan pada minggu pertama Ramadhan itu langsung tiada perkembangan.

Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh yang dipetik KeadilanDaily menyifatkan, penguguman tersebut hanya bertujuan untuk memenangi hati rakyat menjelang musim perayaan.

“Di mana berita baiknya? Kurang seminggu lagi sebelum umat Islam menyambut hari raya, tahanan ISA masih dipisahkan dari keluarga mereka.

“Kita minta menteri jangan sesekali memainkan perasaan keluarga dan tahanan ini, jangan beri harapan jika tak mahu bebaskan mereka, itu kejam dan tak berperikemanusiaan,” tegas Syed Ibrahim.

Berdasarkan rekod, masih ada 13 tahanan ISA yang belum dibebaskan. Daripada jumlah tersebut, 7 warga tempatan, 2 Sri Lanka, 3 Filipina dan seorang warga Indonesia.

Mengulas perkembangan lain, Syed Ibrahim kesal terhadap cadangan kerajaan memperkenalkan semula ISA.

Menurutnya, kerajaan tidak sepatutnya mengembalikan akta lapuk itu bagi menyelesaikan krisis jenayah yang menjadi-jadi kebelakangan ini.

Akta yang dikuat kuasa 53 tahun lepas itu menurutnya jelas membuktikan ia bersifat zalim terutama bila disalahgunakan untuk kepentingan pihak tertentu.

“Untuk apa meneruskan undang-undang ini yang terbukti kejam dan zalim. Ia tidak akan menyelesaikan krisis jenayah, kelak akan digunakan bagi menutup mulut mereka yang lantang menentang kerajaan,” kata Syed Ibrahim.

“Dulu Datuk Seri Najib (Razak) janji hapuskan ISA, tapi kenapa masih ada yang ditahan. Semua mereka perlu dibebaskan serta merta, tak perlu tunggu musim perayaan baru nak umum kononnya ada berita baik untuk tahanan,” tegasnya.

Comments