,MAHATHIR KELUAR UMNO : IMAM HADHARI BINGUNG DAN KECUT PERUT

Pak Lah semakin kecut perut.

Imam Hadhari terperanjat dengan keputusan Dr Mahathir Mohamad yang keluar dari Umno pagi tadi.

Kegusaran beliau jelas terpancar dari kata-katanya. Menjawab soalan pemberita, perdana menteri berkata, adalah tidak lojik untuk mereka meninggalkan Umno dalam keadaan sekarang.

Beliau mengakui mungkin ada ahli Umno yang mengikut jejak Tun Mahathir (Datuk Seri Sanusi Junid juga umum ikut jejak Mahathir). Malah Imam Hadhari membayangkan akan memasukkan agenda Mahathir keluar Umno dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang akan datang.

Mukhriz tengah fikir

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata buat masa ini beliau tidak mahu memberi sebarang ulasan mengenai tindakan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengumumkan keluar Umno pagi tadi.

Katanya, beliau memerlukan masa untuk berfikir mengenainya."Sekarang ini saya sedang berfikir," kata Mukhriz yang juga exco Pemuda Umno dalam lamanweb Agendadaily.Menurutnya, beliau juga dihujani oleh panggilan telefon dan SMS dari rakan-rakannya seluruh negara sejak Dr Mahathir umum tindakan itu di Alor Star.


Parlimen mungkin dibubarkan

Ekoran pengumuman mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad keluar daripada Umno, seorang menteri kabinet Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, negara mungkin akan berdepan dengan satu lagi pilihanraya umum.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Shahrir Samad, yang juga menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna berkata, keputusan Dr Mahathir amat mengejutkan dan mungkin mendorong ramai lagi turut meletakkan jawatan dan sekaligus memaksa Abdullah mengadakan pilihanraya umum baru.

Keputusan Dr Mahathir itu, tambahnya, boleh mengakibatkan situasi di mana ramai ahli Parlimen Umno mungkin turut meletakkan jawatan.Jika itu berlaku, kata Shahrir yang juga ahli Parlimen Johor Bahru, kerajaan tidak mempunyai pilihan, kecuali menubuhkan sebuah kerajaan baru atau mengadakan pilihanraya umum baru.

Beliau memberitahu AFP bahawa perkembangan tersebut pastinya tidak membantu keadaan dalam Umno sekarang, lebih-lebih lagi ketika pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar mengatakan beliau boleh menarik ahli parlimen Barisan Nasional (BN) melompat parti.Perkembangan tersebut, katanya, boleh mengurangkan jumlah ahli parlimen Umno yang menjadi parti memerintah sekarang.

Comments