BANGUNAN UMNO KENA JUAL, PAS BELI!

Di saat Umno bersiap untuk menentang PAS di Galas, maruah Umno Kelantan tergadai kerana bangunan yang pernah dimiliki Umno Kota Bharu kini menjadi milik Dewan Pemuda PAS Kelantan.

Kalau Bangunan mereka sendiri pun tak boleh mereka jaga bagaimana untuk mereka menjaga rakyat di Kelantan dan Galas.

Harakahdaily hari ini melaporkan bahawa hari ini berlangsung sejarah yang mengejutkan Umno Kelantan dan pusat apabila bangunan pejabat yang pernah menjadi pejabat Umno bertukar tangan menjadi milik PAS.

Dewan Pemuda PAS Kelantan membeli bangunan berkenaan dengan harga RM4.5 juta.

Majlis penyerahan geran hak milik oleh tuan punya bangunan Dato Zaid Ibrahim (Bekas Ketua Umno Bahagian Kota Baharu) telah dilakukan tengah hari tadi di Gua Musang sempena kempen pilihan raya kecil Dun Galas.

Ia dibeli dengan harga RM4.5 juta yang bakal menjadi pejabat Pemuda PAS negeri dan pusat komersial.

Perjanjian jual beli ditandatangani antara Zaid dengan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim dan juga kepimpinan Pemuda PAS negeri yang diketuai, Abdul Latif Abdul Rahman yang disaksikan Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Saya juga mengesyorkan PAS Pahang atau PAS Temerloh supaya membeli Bangunan Umno Bahagian Temerloh yang sudah usang tidak berpenghuni sejak bertahun lama. Adalah lebih baik PAS membeli bangunan itu untuk dijadikan Pejabat kerana ia terletak di kawasan yang amat strategik di dalam Bandar Temerloh. Lokasinya juga tidak jauh dari Pejabat Perhubungan PAS sekarang.

Comments

Mat jeng said…
Hak ni kena puji PAS! UMNO kena celik mata! Dapat hak baru tinggal hak lama!
Janda kita musuh kita kahwin.. malu bos!