ZINA DAN SEKOLAH MENGANDUNG : PAS SUDAH LAMA CADANG

Umno sering menuduh PAS hanya mengkritik setiap program dan projek yang dilaksanakan tanpa memberikan cadangan balas yang membina.

Dalam isu sekolah mengandung yang dikatakan sebagai penyelesain masalah buang bayi dan zina, PAS sudah sejak dari dahulu, kini dan selamanya menasihatkan Umno supaya kembali kepada Islam dalam menangani isu zina dan maksiat ini.

Malangnya Umno tidak pernah menerima. Contohnya dalam isu sekolah mengandung, Ketua Menteri berulang kali menyatakan penubuhan sekolah mengandung dapat menyelesaikan masalah buang bayi dan perzinaan sedangkan punca sebenarnya berlakunya buang bayi adalah disebab perzinaan. Punca perzinaan pula adalah disebabkan ajaran agama yang longgar, banyaknya pusat-pusat maksiat, pergaulan bebas dan tiadanya undang-undang yang mampu mencegah kemungkaran sertanya pemantauan yang amat minima oleh pihak berkuatkuasa.

Jadi jika kita ingin mencegah gejala buang bayi disebabkan zina ini maka kita mesti menghapuskan punca-punca yang menyebabkan zina. Maka perkara yang sangat penting ialah kita mengamalkan undang-undang Islam, menutup pusat-pusat maksiat, mencegah pergaulan bebas, memberikan ajaran agama secukupnya serta menambahkan program pemantauan.

Jika sekolah harapan ini ditubuhkan ia tidak akan mengurang dan membasmi perzinaan malah kemungkinan remaja tidak takut untuk berzina kerana bila mengandung di sana ada tempat untuk mengadu dan membela mereka.

Malangnya Ketua Menteri Melaka hari ini dalam media menghentam PAS kerana dikatakan hanya pandai mengkritik. Namun beliau langsung tidak mempedulikan saranan PAS sejak dahulu iaitu amar makhruf nahi mungkar dalam menangani masalah zina dan pembuangan bayi ini.

Comments