PERJUANGAN BANGSA : UMNO BARU SEDAR?

Umno memang lambat jika hendak dibandingkan dengan PAS dari semua aspek. Contoh terbaru Umno baru sedar bahawa tindakan mereka mengapi-apikan semangat perkauman Melayu sempit amat tidak disenangi oleh rakyat bukan Melayu di negara ini.

Pada perhimpunan Umno yang sedang berlangsung Umno mula mengendurkan pidato berapi-api melaungkan semangat Melayu tetapi lebih lunak sekarang.

Ada cadangan supaya slogan Ketuanan Melayu ditukar kepada Kemuliaan Melayu dan sebagainya. Nampaknya Umno jauh terkebelakang jika hendak dibandingkan dengan PAS. Sebagaimana yang kita sedia maklum PAS dari awal penubuhan berjuang untuk semua kaum di mana ahli PAS ada yang berbangsa Melayu, Cina dan India asalkan mereka beragama Islam. Malah kini PAS memperlihatkan keterbukaan Islam apabila menerima rakyat yang bukan Islam menjadi ahli di bawah Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Oleh kerana Umno mula sedar akan kepentingan mengambil hati orang bukan Melayu maka hari ini ucapan mereka lebih lunak. Timbalan Presiden Umno ketika merasmikan persidangan sayap-sayap Umno semalam menegaskan bahawa Umno bukan parti rasis. Khairy pula dalam ucapannya semalam berkata bahawa Umno harus sedar jika orang Bukan Melayu tidak menyokong Umno kemungkinan 50 kerusi BN akan jatuh ke tangan PR.
Bagi saya semua kenyataan pemimpin Umno ini hanyalah retorik semata-mata kerana dasar perjuangan Umno itu sendiri diasaskan kepada politik perkauman sempit. Sudah tentu apabila dasarnya sempit maka pelaksanaannya juga akan berbentuk perkauman sempit.
Disinilah kehebatan dan keterbukaan PAS yang telah lama mengamalkan dasar PAS FOR ALL dan PAS ADIL UNTUK SEMUA. Dasar ini diterjemahkan oleh PAS di negeri-negeri yang diterajui oleh PAS seperti Kedah dan Kelantan. Sebab itulah rakyat bukan Melayu di kedua-dua negeri tersebut juga di Selangor dan Pulau Pinang terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan negeri
Umno sebenarnya sudah terlambat. Rakyat berketurunan bukan Melayu terus pedih dan sakit dengan tindakan Umno yang saban hari melukakan hati mereka. Sokongan Umno kepada Perkasa dan kenyataan-kenyataan berunsur perkauman serta tindakan-tindakan pemimpin Umno yang jijik terhadap kaum lain akan terus diingati oleh mereka dan sukar dimaafkan.

Comments