BONUS KAKITANGAN AWAM : CUEPACS MESTI BERANI!

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sekali lagi memohon supaya kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada kira-kira 1.2 juta penjawat awam di negara ini.

Presidennya, Omar Osman berkata berdasarkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang menunjukkan peningkatan sebanyak 10.5 peratus tahun ini, beliau yakin kerajaan mampu berbuat demikian.

Omar berkata pertumbuhan KDNK negara kita telah melonjak kepada 10.5 peratus dan keadaan ekonomi negara sedang mantap, jadi tidak mustahil perkara itu (bonus) dapat dilaksanakan

Menurutnya Cuepacs telah menghantar satu telegram kepada Perdana Menteri petang ini bagi menyatakan hasrat kita (supaya) dapat berjumpa beliau dengan harapan kerajaan
dapat mempertimbangkan semula pemberian bonus itu.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Kongres Cuepacs semalam.

Seramai 135 perwakilan kongres, termasuk dari Sabah dan Sarawak, menghadiri mesyuarat yang berlangsung selama dua jam itu.

Bagi saya cara terbaik untuk menuntut hak dari kerajaan mudah sahaja. Cuepacs mesti membuat satu sidang akhbar dengan menyatakan bahawa semua ahli Cuepacs akan MENGUNDI PR pada Pilihanraya Umum akan datang jika kerajaan tidak membayar bonus pada tahun 2010. Saya yakin Kerajaan BN akan membayar bonus tersebut jika Cuepacs berani MEMBUAT PENGISYTIHARAN BAHAWA MEREKA AKAN UNDI PR.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa pembentangan Bajet 2011 di Dewan Rakyat Jumaat lepas, tidak mengumumkan bonus kepada kakitangan awam, sebaliknya memberi bantuan kewangan khas sebanyak RM500 bagi Gred 54 dan ke bawah, termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan, bagi menampung perbelanjaan persiapan sekolah.

Comments