PRK TENANG : SOI LEK GUNA ISU 'RECYCLE' SEBAB TIADA ISU LAIN YANG BOLEH DIMAINKAN

Ternyata MCA tiada isu yang boleh dibangkitkan untuk meraih undi pengundi Cina selain memainkan isu negara Islam dan isu berjabat tangan.

Walaupun MCA, khususnya Presidennya mengetahui bahawa isu tersebut tidak mampu untuk mempengaruhi majoriti pengundi Cina, namun oleh kerana tiada isu lain maka terpaksalah isu 'recycled' ini digunakan. Bagi mereka kalau tidak dapat ramai dapat sedikit pun tak apa jangan tiada langsung. Sebab itulah walaupun 'pelakon terkenal' telah ditegur oleh Muhyiddin Yassin beliau masih mahu terus menyentuh isu Islam ini untuk kempen beliau.

Dari tinjauan rambang beberapa penganalisis politik isu ini tidak akan menggugat sokongan pengundi Cina kepada calon PR, Normala Sudirman. Malah ada yang berani menyatakan bahawa isu ini sebenarnya menikam BN dari belakang dan memberikan kelebihan kepada Normala. Ada penganalisis politik berpendapat Normala akan mendapat undi simpati dari pengundi atas pagar dan pengundi protes.

Apa yang penting sekarang, PR mesti mengekalkan momentum sokongan pengundi Cina dan meningkatkan sokongan pengundi Melayu sebanyak 5 % kata penganalisis politik yang tidak mahu namanya disiarkan.

Comments