SIDANG REBUT KERUSI JADI SEJARAH

Dek kerana rakus, tamak kuasa, hilang kewarasan, mabuk kuasa dan lain-lain, BN menggunakan apa sahaja untuk mendapatkan kuasa yang dilucutkan rakyat. Semuanya gara-gara sikap tidak hormat mereka kepada rakyat.
Lantaran itu terjadilah apa yang berlaku sehingga ke saat ini di mana politik Perak tiada ketentuan, haru biru (huru hara - kata Almarhum Tungku) dan sebagainya.
Maka habislah sekian masa YB, YAB dan pembantu serta penyokong mereka turun naik mahkamah sedangkan masa tersebut amat berharga untuk seseorang pemimpin yang sepatutnya berkhidmat membantu dan memastikan kesejahteraan rakyat. Semua itu wajib dibayar oleh BN dan pemimpin tamak mereka.
Hari ini sejarah tercatat lagi selepas Sidang bawah pokok, MB dan ADUN dihalang dari memasuki Dewan, Perak mempunyai 2 Menteri Besar, Kuasa Speaker dipinggirkan dan lain-lain.
Sejarah yang bakal tercatat lagi hari ini, apabila DUN dikepung oleh Polis semata-mata untuk memudahkan BN merealisasikan apa yang direncanakan oleh mereka. Selain itu hari ini bakal mencatatkan sejarah di mana 2 orang MB berebut kerusi, salah seorang MB dihalang dari memasuki Dewan, Dewan menjadi kecoh, media dihalang dari membuat liputan dan lain-lain.

Semua ini berlaku gara-gara sikap BN yang tamakkan kuasa.

Comments