BERI PELUANG PADA RAKYAT PILIH PEMIMPIN TERBAIK

Rakyat wajar diberikan amaran supaya tidak memilih pemimpin yang tiada integriti, tidak berakhlaq, kaki rasuah, penipu dan seribu satu macam sifat buruk. Ini penting supaya pemimpin sebegitu tidak dipilih oleh rakyat yang akhirnya mungkin rakyat pula akan menjadi mangsa pemimpin sedemikian.
Itu sebabnya bagi saya Umno wajib menceritakan perkara tersebut kepada rakyat semasa kempen jika calon PAS bersifat buruk seumpama itu supaya rakyat tidak tersalah pilih dengan mengundi calon PAS pada mana-mana pilihanraya.
Begitu juga PAS wajib menceritakan perkara itu kepada rakyat supaya rakyat tidak memilih calon Umno/BN yang rosak akhlaq, kaki penipu, kaki rasuah dan sebagainya pada mana-mana pilihanraya tidak terhad kepada pilihanraya kecil Permatang Pasir ini sahaja.
Adalah malang jika calon PAS atau Umno/BN yang bersifat buruk sebegini dipilih oleh rakyat oleh sebab rakyat tidak tahu dan tidak diberitahu.
Itu sebabnya parti-parti politik mesti memilih calon-calon yang berakhlaq, berintegriti, berilmu, baik budi pekerti, tidak menipu dan sebagainya supaya rakyat mendapat wakil rakyat yang bersih dan baik.

Tidak kira BN, PAS, DAP, PKR atau sebagainya calon mereka mestilah baik dan berintegriti barulah rakyat akan mendapat wakil rakyat terbaik walau dari parti mana sekalipun.

Malangnya ada parti-parti tertentu yang tidak mementing perkara ini. Ada calon mereka kaki rasuah, kaki betina, kaki botol, penipu dan sebagainya. Individu begini sepatutnya ditolak awal-awal lagi. Tetapi malangnya mereka tetap dipilih menjadi calon walaupun latarbelakang mereka sudah diketahui.
Saya mengharapkan pada masa depan parti-parti politik lebih bertanggungjawab dalam soal pemilihan calon supaya rakyat diberi peluang memilih calon-calon yang terbaik.

Comments