17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu- Datuk Kamaruddin

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.

2. Melemahkan sistem kehakiman negara.

3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

8. Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Datuk Harussani ? 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.
Harakahdaily

Comments

Lebai Mangkuk said…
YAB DSNTR sebagai Perdana Menteri Malaysia harus segera bertindak menghapuskan petualang2 negara yang sedang bermaharajalela. Petualang2 negara ini sudah menjadi terlampau biadap dan berani bertindak ikut suka hati mereka.

Saban hari mereka menabur fitnah dan mem buruk2 kan kerajaan yang memerintah. Terutamanya di lama2 blog yang pro Pakatan Rakyat. Ceramah2 yang mereka anjurkan juga telah banyak menghasut rakyat membenci kerajaan. Perbuatan mereka ini sudah melampaui batas. Jika tidak dibendung dengan segera, keselamatan negara akan terancam.

Perdana Menteri sepatutnya tidak membiarkan ianya terus berlarutan sehingga ketahap yang tidak boleh dikawal lagi. Ini akan menjadikan negara jadi huru-hara dan kacau-bilau. Yang mendapat susah ialah rakyat jelata yang tidak berdosa.

Tindakan utama yang patut di buat oleh kerajaan ialah 'mengharamkan ceramah2 politik', keduanya mengawasi blog yang anti-kerajaan. Mereka yang bertanggung-jawab mesti dihukum mengikut undang2 ISA kerana mengancam keselamatan negara.

Segeralah bertindak sebelum terlambat.
LegendZ said…
..abis la penuh lokap..abis SB dan pak2 polisi kna buat keje OT tangkap org, pantau blog,pantau ceramah dll..

..tp kalau kerajaan hulur duit xde masalah kot..
Anonymous said…
APA SUMBANGAN PAS, PKR DAN DAP KEPADA ORG MELAYU?....AIZAT TOLONG JAWAB SAT....
vetshici said…
PAS, PKR pengkhianat Islam dan Melayu. Dua2 parti tu adalah Parti LAKNATULLAHI TAALA..
Anonymous said…
Datuk Kamaruddin tu pun sebahagian yang mendapat keuntungan dari UBN. Berbillion RM yang dia dah telan masa Anwar Menteri Kewangan dan dia juga salah sorang pelingkup Melayu. Sekarang dia kata UMNO pengkhianat.Pengkhianat kepada siapa? PAda dia? Zaman mereka inilah korupsi berleluasa dan bergentayangan. Eloklah mereka dah keluar berambus, cuma bila mereka diluar, mereka inilah yang melalak. UBN sekarang terpaksa bersihkan taik-taik mereka yang busuk dan lagi membusukkkan
Anonymous said…
Apakah kita semua dah lupa bagaimana Anwar "tumbangkan" Ghafar Baba dari jawatan Timbalan Presiden UMNO? Bukankah guna duit dan projek Kerajaan. Siapa barua yang tukang agih "projek"? Nak tahu? Datuk Kamaruddin tulah, termasuk lah peniaga yang jadi jutawan segera zaman Anwar dulu. Mereka inilah perosak dan pengkhianat sebenarnya dan sekarang mereka menjerit-jerit salahkan oeang lain. Siapa yang sekat peruntukan kepada Kelantan dan Sabah, Anwar lah orangnya yang jadi Menteri Kewangan masa itu. Nah, orang Kelantan terutamanya PAS yang junjung Anwar masih tak boleh ingat dan fikir lagi.
Anonymous said…
Apabila bercakap soal penarikan kuasa Raja-Raja Melayu, apakah masih kita ingat lagi tokoh yang buat road tour di seluruh Semenanjung untuk naikkan semangat rakyat dengan membuka pekung Raja-Raja? Bukankah Anwar yang bersungguh-sungguh melaksanakannya. Platform yang diguna adalah UMNO. Siapa "syaitan" disini. Adakah manusia ini sedang tidur baring dengan PAS? Mengapa PAS sangat percaya kepadanya? Mat Sabu dalam ceramahnya sekitar 80an menyatakan bahawa Anwar adalah manusia yang menghalang perkembangan Islam apabila revolusi Islam Iran sedang melanda dunia, Anwarlah manusia yang menjadi batu penghalang perkembangan tersebut. Apakah PAS telah lupa? Apakah Anwar sudah insaf nasuha dan PAS terima putar alam manusia ini? Semasa jadi menteri pendidikan, apakah usaha Anwar untuk meningkatkan penggunaan BM? Bak ayat yang sering digunakannya dalam ceramah "elek"? Sekarang dia sekali lagi menyalak mahu menjadi bapa pejuang Malaysia. PAS boleh percaya?