PERANCIS TUTUP SEKOLAH, MALAYSIA KATA 'TAK APA'?

Menteri Pendidikan Perancis berkata seluruh sekolah mungkin ditutup jika sekurang-kurangnya tiga pelajar dari kelas yang sama dijangkiti selesema babi dalam tempoh seminggu.
Luc Chatel berkata, sekolah-sekolah yang ditutup hanya akan dibuka semula selepas enam hari dan dibersihkan dengan teliti.

Semalam, beliau dipetik oleh Journal du Dimanche sebagai berkata keputusan menutup keseluruhan sekolah bergantung kepada wakil kanan negara yang dipanggil pengawas kawasan.

Minggu lepas, Chatel mengumumkan mata pelajaran sekolah untuk musim sejuk akan diajar melalui siaran televisyen dan radio negara bagi membantu pelajar.
Malangnya sekolah di Malaysia walaupun puluhan malah mungkin ratusan demam dan di'suspek' mengidap H1N1 sekolah tetap dibuka.
Ini yang amat merisaukan ibu bapa dan penjaga. Sudah sampai masanya kerajaan mengambil tindakan drastik bagi mengatasi masalah ini.
Sejak beberapa minggu lepas, Malaysia mencatatkan jumlah kematian harian yang meningkat dari sehari ke sehari. Setiap hari sekurang-kurangnya 2 atau 3 orang dilaporkan meninggal dunia.
Sehingga kini 64 orang telah meninggal dunia dan 4,225 orang dijangkiti wabak ini.

Comments

Ipoh Marley said…
BERCAKAP MMG MUDAH DARI MELAKSANAKANNYA..TUNGGU DAN BAGI MASA UNTUK KERAJAAN MENGAMBIL TINDAKAN..XKAN LA KERAJAAN NAK RAKYAT MALAYSIA MATI..

JGN JADI ISLAM JUMUD
Ipoh Marley said…
SALAM,

saya mempunyai beberapa persoalan tlg terangkan cuma jgn putar alam..

1`.BILA ADUN BN lompat parti ke PR, halal. Bila ADUN PR lompat parti ke BN, haram (di Perak).

2.*Bila Mufti Perak sokong Pas, dia ulama terbilang. Bila Mufti Perak tegur Pas, habis dimaki hamun.

3.Bila ADUN BN buat perbuatan tidak bermoral, kutuk habis-habisan. Bila ADUN PR yang buat disuruh berehat saja (Elizabeth Wong).

4.*Masa perintah Perak, cakap Raja Perak paling adil. Tapi bila dah hilang kuasa, tuduh Raja Perak macam-macam.

5.*Sebelum berkuasa, beria-ia hendak laksana hudud. Lepas dapat kuasa, cakap hudud tak wajib.

6.*Bila UMNO kata hudud sukar dilaksana, caci-maki-kafirkan habis- habisan. Bila DAP kata langkah mayat saya dahulu, Pas kata baiklah “Kami Dengar dan Taat”.

7.Bila kerajaan naikkan harga minyak, marah menggila, bila kerajaan turunkan harga minyak, cakap itu hanya muslihat politik.

8.Bila menang pilihan raya, itu namanya demokrasi. Bila kalah, ada pengundi hantu.

9.*Bila Kelantan mundur, salahkan Kerajaan Pusat. Bila negara maju, itu hasil sumbangan Anwar ke luar negara cari pelaburan tak langsung.

10.*Bila bersendirian bertakbir, sekarang bila berdua dengan DAP ber take beer! (di Selangor boleh jual arak di kawasan majoriti umat Islam)

11.Bila mulakan ceramah, baca bismillah puji nabi. Masa tengah ceramah, habis semua yang berbeza pandangan di maki-hamun.

12.*Bila orang UMNO baca al-Quran dituduh hipokrit, bila orang DAP baca al-Quran (di DUN Perak) dipuji melangit.

13.*Bila UMNO (parti orang Islam) ajak berdamai kata pergi jahanam, bila DAP ajak bersatu kata setuju (biarpun terpaksa gadai prinsip).

14.*Bila Beng Hock mati tuduh kerajaan zalim, bila kerajaan tubuh inkues pula kata kerajaan ada konspirasi.

15.*Kalau Anwar bersumpah dengan nama Allah, benarlah Anwar, tapi kalau Saiful Bukhari bersumpah, dustalah kata-katanya dan boleh dimaki hamun secukup-cukupnya.


16.*Bila UMNO tak laksana hudud disebabkan faktor ketidaksesuaian, Pas maki ramai-ramai. Tapi bila Azizan Razak kata hudud bukan keutamaan di Kedah, Pas kata itu ijtihad murni.

17.Sblm BN memerintah melalak bagai taufan nak menutup kilang arak yang terbesar di asia dkt selangor tp bila dah berkuasa tak bt pa2..kenapa melalak sedangkan anda tidak melaksanakanya???

18.semasa pemerintahan BN di selangor s.alam tidak menjual arak tp skang mcm mana?

byk lagi persoalan tetapi jawab dl setakat ni..tidak salah bercanggah pendapat cuma kekeadang membuka pekong di dada..

jadi dimana agama mana politiknya..tolong bezakan
Anonymous said…
Syabas ipoh marley...., tapi puak2 PAS ni faham ke? Mereka lebih rela menjadi anjing belaan DAP dan menjadi salah satu lidah bercabang Anwar.....
Anonymous said…
hmmmm....ipoh marley...itu la politik namanya...ko ingat PAS ni betul2 nak pejuangkan ISLAM ke?...org2 PAS juga adalah manusia...diorang bukan nabi..bukan MAKSUM....apa yang ko kata tu semua betoi aku penah dok saf pertama dlam pentadbiran PAS daerah aku...PAS dulu ngan sekarang...PAS aku tengok lagi teruk semenjak bergabung ngan DAP dan PKR...PAS x sedar ke sape ANWAR ngan DAP dulu..bagi aku kalo PAS betul2 nak perjuangkan ISLAM...lebih baik keluar dari PR yang pada masa kini aku tengok lagi banyak menyimpang dari perjuangan membinan bangsa dan negara...
Anonymous said…
bagus jugak kata2 melulu kau tu...
nak jawab boleh, tapi tak de masa...cuma, cuba kau fikir sendiri, apa yg kau kata tu semua hanyalah ketidak puasan pada kata2 PAS, bukan perbuatan.Banyak hujahyangboleh dipertikaikan.

Kalau nak cerita pasal perbuatan, berapa banya perbuatan dari BN khususnya UMNO yg telah mencemarkan
maruah agama, maruah bangsa dan negara? Berapa banyak perbuatan yg telah menganiaya rakyat dan menipu hak rakyat?
Fikir sendirilah...jgn jadi umno jumud dan tahi dunia..
Anonymous said…
Pemimpin malaysia ni memang tak sayangkan rakyat, tak pentingkan kesihatan dan keselamatan....
patutnya sambutan hari kemerdekaan pun boleh dibatalkan dalam suasana sekarang..
takkan setakat menggesa agar rakyat yg terkena H1N1 toksah datang ke upacara sambuan kemerdekaan dah cukup?
apa jaminan yg rakyat tersebut takkan datang? kalau datang jugak macamana?
sesetengah rakyat yg kene jangkitan pun mana tau yg dia kena H1N1...ingatkan selsema biasa...tak ke bahaya tu?
Maka terlebih elok lah sekiranya semua rakyat tak usah pergi ke upacara tersebut, supaya dapat mengelakkan jangkitan yg boleh mengancam kesihatan sekaligus meggugat keselamatan dan kehidupan rakyat.Itu lah langkah berjaga2 yg sebaik2nya.