Saya kata BN sengaja mencari geruh Anwar kerana Permatang Pauh sudah terbukti kubu kebal beliau, tujuh penggal (termasuk ketika diganti sekejap oleh Dr. Wan Azizah) beliau menjadi Ahli Parlimen di situ membuktikan segala-galanya. Kenapalah tidak ada pimpinan BN yang ingin mendengar nasihat Anuar Musa.
Dalam banyak lontaran suara yang diperdengarkan, apa yang diperkatakan oleh Saudara Suhaimi Sulaiman sedikit menangkap, ceritanya tentang respon dari rakyat biasa di Permatang Pauh tentang kempen yang dijalankan telah dikiaskan sebagai “kalau kita masuk ke rumah orang, jangan cakap anak orang itu jahat” menghilangkan terus konsentrasi saya kepada rancangan Analisis Awani tersebut, sebaliknya memaksa saya untuk berfikir mencari lapis maknanya.
Takrifan lapis pertama mudah difahami, memberitahu kita bahawa orang Permatang Pauh tidak suka orang luar datang dan bercerita bukan-bukan pasal Anwar. Takrifan lapis kedua pula menggambarkan bahawa struktur ayat itu bernada marah, sepertinya orang Permatang Pauh sudah muak dengan drama liwat Anwar; liwat Sukma, liwat Azizan, liwat tilam, liwat Saiful dan yang terakhir sumpah liwat!
Soalnya, mengapa Permatang Pauh tidak “menyebat” dan menghukum anaknya, Saudara Anwar Ibrahim? Walhal BN dan pihak-pihak yang berkaitan sudah melakukan segalanya bagi membuktikan kejahatan Anwar, Anwar ini kaki liwat! Apakah setelah banyak kali sangat Saudara Anwar dituduh dengan tuduhan yang sama, orang biasa di Permatang Pauh tidak mula merasa was-was dan ragu-ragu? Mereka orang biasa, saya juga orang biasa, kadang-kadang terdetik juga, tetapi…
Masalahnya, BN dan pihak-pihak lain ini, setiap kali mencuba mahu membuktikan perilaku jahat Anwar yang kaki liwat ini, setiap kali itulah juga akan ada kepelikan berlaku, seolah-olah wujudnya perancangan, dan kepelikan ini menjadi “bahagian yang gagal” dalam perancangan tersebut. Contoh mudahnya, Saiful yang menuduh Saudara Anwar meliwatnya itu bekerja di pejabat Anwar, peliknya dia adalah bekas pemimpin mahasiswa pro-aspirasi yang kenal baik dengan pegawai khas Najib Tun Razak, bahkan pernah berjumpa Najib. Saya boleh terima kalau kata Najib perjumpaan itu kerana Saiful ingin memohon biasiswa, Saiful mungkin merasa lebih berpeluang mendapat biasiswa jika dia terus berjumpa Najib, apatah lagi sandaran hubungan baiknya dengan pegawai khas beliau. Namun begitu wujud lagi satu kepelikan, mengikut rekod pengajian universiti Saiful yang didedahkannya sendiri, dia telah gagal tiga semester! Lulus bersyarat pun hanya dibenarkan untuk dua semester. Sepengalaman saya sebagai bekas pelajar universiti, jika anda mendapat CGPA seperti Saiful, anda bukan “berhenti dari pengajian” seperti didakwa Saiful, tetapi lebih tepat anda diberhentikan, atau lebih jahat bahasanya dibuang dan ditendang dari universiti. Jadi, dengan rekod sebegini, bagaimana Najib boleh bersedia berbincang dengan Saiful berkaitan biasiswa?
Kepelikan majlis ini muncul bila imam yang hadir sama iaitu Ustaz Ramlang Porigi tiba-tiba membuat kenyataan bahawa dia telah diarahkan untuk turut sama berada dalam majlis Saiful itu. Yelah, anda boleh bersumpah di mana-mana dan tidak perlukan saksipun, tetapi bila anda ke masjid yang punya sembilan orang imam, mendakwa jujur mahu bersumpah laknat, dan tidak ada seorang imampun dari sembilan orang itu yang mahu berada dalam majlis sumpah anda, tentulah ada sesuatu yang tidak kena dengan anda di kacamata imam-imam tersebut. Siapa yang mengarahkan Ustaz Ramlang Porigi?

Zukri Aksah
Comments
Adakah anda sedang mencari pemberi pinjaman pinjaman yang dipercayai yang boleh meminjam dari
1,000 hingga 10.000.000 USD, EURO, GBP dan sebagainya Untuk membayar balik jabatan atau untuk anda
menetapkan bahawa tekanan kewangan anda yang anda telah menghadapi lama, Lex
Mudah Firma Pinjaman di sini untuk anda dengan pelan pembayaran balik yang sesuai dan
kadar faedah sebanyak 3% (Loan Kereta, Pinjaman Peribadi, Pinjaman gadai janji, Perniagaan
pinjaman dan lain-lain). Jika berminat hubungi kami melalui e-mel yang di bawah,
Nama ejen: penjaga gol bob
Agent E-mel: (lexeasyloanfirm@gmail.com)
Terima kasih
Pengurusan.
Tawaran pinjaman berpatutan