MAHATHIR MULA 'JENTIK' NAJIB!!!

Mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad mula menjentik Najib. Dalam kenyataannya hari ini, beliau berkata seperti penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga perlu berundur sekiranya gagal menunjukkan prestasi baik dalam pilihan raya umum akan datang.

"Saya kata secara teorinya, jika beliau tidak melakukan dengan baik, sudah tentu kedudukannya tidak stabil," kata bekas perdana menteri dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau diminta mengulas wawancaranya dengan agensi berita antarabangsa AFP, di mana beliau dilaporkan berkata demikian. Beliau bagaimanapun menjelaskan perkara itu pendapat peribadinya yang yang mungkin tidak sepatutnya keluar.

Menjawab soalan lain, Dr Mahathir enggan menamakan pihak yang patut menggantikan Najib sekiranya beliau berundur.

"Saya tidak ada sebarang calon. Saya tidak jangkakan perkara ini akan berlaku... Saya hanya bercakap daripada segi teori," katanya lagi dipetik dari portal Malaysiakini.
NONE
Ternyata Najib mula menghadapi tekanan dari Mahathir. Kita menjangkakan Mahathir akan mengeluarkan kenyataan yang lebih keras terhadap Najib selepas ini. Beliau mungkin mempunyai perancangan tertentu untuk menjatuhkan Najib. Malah sudah tentu beliau ada pengganti yang boleh dicucuk hidung bagi menggantikan Najib.

Awas Najib anda akan menghadapi onak dan duri bukan dari luaran tetapi dalaman. 

Comments

Anonymous said…
bodoh dan putar belit engkau ni....kenapa tak tulis Tun...nak kan papa homo jadi pm...pi masuk nereka lah homo