ABANG 'AWANG' DALAM KENANGAN

Saya baru sahaja mengetahui bahawa YDP Kawasan Cameron Highland, Ustaz Ahmad Ludin meninggal dunia 20 Nov lalu. Tiada siapa yang memberitahu saya berita sedih tersebut. Beliau yang lebih mesra saya panggil Abang Awang merupakan seorang pejuang gigih meneruskan obor perjuangan di Kawasan Cameron Highland selepas meninggalnya Allahyarham Ustaz Kassim Yahaya.

Kali terakhir saya bertemu beliau ialah di Seminar Memperkasakan PAS di Taman Melewar beberapa minggu lalu. Saya sempat bertanya khabar dan beramah mesra dengan beliau walaupun tidak lama. Memang dari raut wajahnya beliau tidak sihat. Pergerakan beliau pun perlahan sahaja.

Saya mengenali beliau sejak zaman kanak-kanak lagi. Beliau memang pejuang yang istiqamah. Banyak juga kenangan bersama beliau antaranya, kereta dan lori beliau sering di sewa oleh ayahanda saya untuk berpindah dan pergi ke sana ke mari terutama destinasi yang jauh. Semasa kami pindah ke Jengka 18 pada 18 Disember 1977 beliaulah yang menghantar kami sekeluarga menaiki lorinya bersama-sama barangan keluarga saya. Semasa saya konvo pada tahun 1993 beliau juga menghantar ayah dan abang saya ke Pulau Pinang.

Selain itu saya juga sering bersama beliau dalam usrah-usrah PAS Kawasan Lipis (sebelum persempadan baru) sekitar tahun 80-an dan 90-an.

Beliau meninggal dalam perjuangan Islam yang mulia. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.

Comments