SEBUAH TANDAS BERHARGA RM23,000?

Ketua Pembangkang DUN Melaka, YB Goh Leong San mendedahkan penyelewengan wang rakyat oleh kerajaan Melaka di beberapa tempat di Melaka.
Dalam ceramahnya di Dataran Hamas malam tadi beliau membidas kerajaan Melaka yang diketuai oleh Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang telah membazirkan wang rakyat dengan sewenang-wenangnya.

Goh berkata pembinaan beberapa buah tandas di Melaka jika dilihat sangat membazir seperti pembinaan tandas di dataran sejarah yang menelan belanja RM23,000, tandas orang kurang upaya di Alor Gajah berharga RM69,000 serta tandas di pasar Alor Gajah bernilai RM 117,000 .
"Bayangkan berapakah harga sebenar tandas tersebut jika dibuat dengan harga yang betul dan menasabah. Lepas ni kita pakat-pakat buang air dekat tandas mahal tersebut." katanya.

Beliau juga mendedahkan bagaimana kawasan rekreasi Bukit Langsat iaitu Kawasan Perkampungan Orang Asli Selandar dibina dengan harga RM1.6 juta tapi tidak ada apa yang boleh dibanggakan dan tidak sepadan dengan harga pembinaannya.
"Anda boleh lihat sendiri kawasan tersebut yang tidak ada apa-apa ! Begitulah keadaannya bagaimana kerajaan UMNO/BN memerintah".
"Sebab mereka ingat duit yang mereka gunakan itu bukan duit mereka ataupun duit emak bapak mereka,maka sewenang-wenangnya mereka menggunakannya. Yang untung ialah kontrektor di kalangan orang mereka." tambah Goh yang juga merupakan ADUN Kesidang.

"Mohd Ali Rustam pula, katanya, dalam dewan sehingga tiga kali menyebut kata hendak berkahwin dengan perempuan Cina. Tak apalah sebab boleh buat jambatan antara Melaka ke Sumatera ,cadang pulak nak pinjam duit daripada negara Cina. Apalah malang nasib rakyat Melaka"
"Jadi sebagai rakyat Melaka marilah kita sama-sama tamatkan perlakuan membazir dan kerja merompak duit rakyat ini dengan meninggalkan UMNO dan tidak mengundi lagi BN dlam pilihanraya yang akan datang." kata Goh.
laporan : paschabau.net

Comments